fbpx
Now Reading
Dikejar Sehingga Ke Kedai Kopi, Pemandu Lori Maut Ditetak 2 Lelaki

Dikejar Sehingga Ke Kedai Kopi, Pemandu Lori Maut Ditetak 2 Lelaki

Menurut PDRM, mangsa yang juga pemandu lori itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, dada, belakang badan serta muka kerana diserang dua suspek berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga bekerja sebagai pemandu lori maut dipercayai ditetak oleh dua lelaki dengan menggunakan parang serta sabit di Taman Damai, Padang Serai, Kulim pada 25 Februari.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai kopi yang terletak di kawasan tersebut.

Pemandu lori telah diserang 2 lelaki yang bawa senjata parang dan sabit

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor hasil siasatan yang dilakukan mendapati pemandu lori berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki di luar kedai kopi berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari.

Ujarnya dua suspek tersebut turut membawa senjata parang serta sabit sebelum bertindak mengejar pemandu lori berkenaan hingga ke dalam kedai kopi. Suspek kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan senjata berkenaan.

Mangsa alami kecederaan dan mayat di hantar ke hospital untuk bedah siasat

“Mangsa rebah dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan pada tangan, dada, belakang badan serta muka akibat diserang dua suspek tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” jelasnya, lapor Malaysia Gazette.

Kata beliau lagi, polis dalam masa sama sedang giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini.

Polis minta jangan sebarkan gambar insiden sehingga boleh mendatangan kerisauan terhadap masyarakat

Justeru itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta untuk menghubungi Asisten Superintendan Azmirul Abd Aziz di talian 019 444 6521 atau IPD Kulim di talian 04 490 6222 untuk membantu siasatan.

“Kita juga mohon orang ramai agar tidak menularkan gambar berkaitan kejadian yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat serta mengganggu siasatan kes,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.