fbpx
Now Reading
Pencipta Anime Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Pencipta Anime Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sebagai info, Toriyama mula memperkenalkan Dragon Ball pada tahun 1984. Sejak dilancarkan, karya yang mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya terus digilai peminat anime di seluruh dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pencipta siri manga dan anime popular Dragon Ball iaitu Akira Toriyama dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mac lalu.

Berita mengenai kematian Akira pada usia 68 tahun itu dikongsikan laman Twitter rasmi animasi Dragon Ball pada pagi ini, 8 Mac.

Menerusi satu kenyataan bersama, Capsule Corporation Tokyo dan Bird Studio yang dimiliki Akira Torima memaklumkan kematian mendiang disebabkan hematoma subdural (acute subdural hematoma).

“Kami dengan rasa dukacita memaklumkan bahawa pencipta manga, Akira Toriyama telah meninggal dunia pada 1 Mac disebabkan hematoma subdural akut, dia berumur 68 tahun.

“Kami amat kesal kerana beliau masih mempunyai beberapa karya yang sedang diusahakan. Selain itu beliau juga mempunyai perkara untuk dicapai. Walau bagaimanapun, beliau banyak meninggalkan karya seni dan manga (sebagai kenangan) di dunia ini.”

Difahamkan upacara pengebumian telah dilakukan secara tertutup membabitkan ahli keluarga dan kenalan terdekat.

“Terima kasih kerana sokongan orang ramai di seluruh dunia, dia dapat meneruskannya
aktiviti kreatif selama lebih 45 tahun. Kami berharap dunia ciptaan Akira Toriyama yang unik
akan terus disayangi oleh semua orang untuk masa yang lama akan datang.”

Bird Studio

Mula perkenalkan Dragon Ball pada 1984 hingga jadi fenomena

Bagi menghormati mendiang, pihak Dragon Ball tidak akan menerima apa sahaja pemberian takziah seperti bunga dan hadiah termasuklah persembahan.

Sebagai info, Toriyama mula memperkenalkan Dragon Ball pada tahun 1984. Sejak dilancarkan, karya yang mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya terus digilai peminat anime di seluruh dunia.

Sebelum Dragon Ball menjadi fenomena, Toriyama terlebih dahulu sudah mencipta nama menerusi siri Manga, Dr. Slump.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.