fbpx
Now Reading
Bayi 17 Bulan Maut Dipercayai Didera, Ibu Ditahan & Rakan Lelaki Diburu Polis

Bayi 17 Bulan Maut Dipercayai Didera, Ibu Ditahan & Rakan Lelaki Diburu Polis

Menurut PDRM, kejadian berlaku selepas bayi lelaki terbabit diserahkan kepada rakan ibu mangsa untuk dijaga pada Selasa ( 7 November) sebelum dihantar semula dalam keadaan tak sedarkan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan di Besut, Terengganu telah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh rakan lelaki ibunya.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Razak Muhammad pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut daripada Klinik Kesihatan Kampung Raja, semalam (8 November) yang menyatakan bayi berkenaan meninggal dunia di klinik terbabit.

Bayi dipercayai diserahkan kepada rakan lelaki untuk dijaga

Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas bayi berkenaan diserahkan kepada suspek (rakan ibu mangsa) untuk dijaga, sekitar pukul 4 petang pada 7 November (Selasa).

Namun bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan sewaktu dihantar semula kepada ibu mangsa sekitar jam 7.30 pagi pada keesokan harinya.

Terdapat kebocoran usus kecil pada bayi

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kebocoran usus kecil pada bayi terbabit yang menyebabkan kematian.

“Bagaimanapun, punca kebocoran usus belum dapat dipastikan sama ada disebabkan trauma atau jangkitan kuman dan sampel perlu dihantar ke makmal,” jelasnya, dipetik Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sekiranya disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda maksium RM20,000 atau boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun tahun atau kedua-duanya sekali.

Ibu ditahan dan akan direman hari ini, polis giat cari rakan lelaki suspek

“Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas ibu mangsa berusia 27 tahun yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan dan akan direman hari ini.

“Pihak polis juga sedang mengesan rakan lelaki suspek.”

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Faiz Che Mamat di talian 014 6329 916 atau Ibu Pejabta Polis Daerah Besut 09 6956 222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.