fbpx
Now Reading
“Selamatkan Gaza” – Wartawan Palestin Sempat Tinggalkan Pesanan Akhir Sebelum Syahid [Video]

“Selamatkan Gaza” – Wartawan Palestin Sempat Tinggalkan Pesanan Akhir Sebelum Syahid [Video]

Pesanan itu diberikan oleh wartan Palestin, Allahyarham Hasouna Salim kerana dia tidak mengetahui apa yang bakal berlaku dan menyatakan sebagai wartawan di Gaza dia berisiko untuk dibom.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui konflik peperangan di antara Palestin dan Israel masih lagi belum berakhir.

Malah semakin hari jumlah rakyat Palestin yang terkorban semakin meningkat menghampiri puluhan ribu.

Perkara ini secara tidak langsung telah membuka mata masyarakat di seluruh dunia yang turut meminta agar perang segera dihentikan.

Bukan hanya itu, penduduk di Palestin turut meminta penduduk di seluruh dunia yang cakna mengenai peperangan itu untuk terus menyebarkan maklumat mengenai keadaan serta perkara yang sedang berlaku di sana.

Wartawan di Palestin tinggal pesanan akhir sebelum syahid

Perkara sama turut diluahkan seorang wartawan dari Palestin, Hasouna Salim sebelum terkoban sebelum terkorban pada 18 November lalu.

“Mesej kami kepada seluruh dunia, negara Arab dan negara Islam yang mendengar kami. Selamatkan Gaza. Gaza sedang berdepan pembunuhan beramai-ramai,” pesannya sebelum meninggal dunia, lapor Berita Harian.

Hasouna serta seorang lagi rakan medianya iaitu Sari Monsour dilaporkan terbunuh apabila rejim Zionis bertindak membedil kem Buriej yang terletak di tengah Gaza pada malam kelmarin (18 November) pada waktu tempatan.

Sempat buat liputan kongsi bangunan terbakar

Sebelum wartawan itu dilaporkan meninggal dunia, dia sempat membuat liputan serta memuat naik rakaman bangunan musnah dan masih terbakar serta berasap sebaik dibedil oleh Israel.

Malah sebelum kejadian terbabit, Hasouna menerusi satu rakaman tular sempat memberi pesanan kepada dunia agar membantu mereka menghentikan keganasan tersebut dengan segera.

Ini kerana peperangan itu terus berlaku di Semenanjung Gaza.

Tak tahu apa yang bakal berlaku pada diri di masa hadapan

Ujarnya, pesanan itu dibuat disebabkan dia tidak mengetahui apakah nasibnya nanti memandangkan mereka juga tidak lari daripada menjadi sasaran rejim Zionis sewaktu bertugas.

“Saya tidak tahu sama ada saya boleh membantu lagi (video pesanan).

“Sebagai wartawan di Gaza, kita berisiko pada bila-bila masa untuk dibom contohnya tiga daripada rakan sekerja saya yang membuat liputan telah syahid.

“Sampaikan suara kami kepada masyarakat dan dunia kerana kami (wartawan) bersama orang awam pasukan perubatan dan pertahanan awam semuanya menjadi sasaran dibunuh dan kami ramai cedera dan syahid,” jelasnya.

Menurutnya lagi, keadaan kini semakin susah apabila media sosial juga memberikan amaran dan mengenakan sekatan disebabkan berkongsi realiti yang sedang terjadi di negara tersebut.

“Kami meneruskan perjalanan (sukar) dalam menyampaikan kebenaran.

“Kami melalui banyak perkara termasuk mendengar rayuan daripada orang ramai yang terpaksa berpindah dan memerlukan perlindungan selain doktor dan kakitangan perubatan serta pertahanan awam yang menjadi sasaran.

“Orang awam telah menjadi sasaran di hospital, sekolah, jalanan dan rumah. Ini pesanan kami kepada semua, selamatkan Gaza.”

Seramai 56 pengamal media telah meninggal dunia terkorban

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pejabat Media Palestin, sejak 7 Oktober sehingga 19 November seramai 56 orang pengamal media telah dilaporkan terkorban.

Perkara itu termasuk ketika sedang membuat liputan di lapangan atau terbunuh semasa di rumah.

Rejim Zionis tidak hanya mengorbankan pengamal media dan penduduk di Palestin tetapi seramai 200 anggota perubatan dan juga paramedik serta 22 anggota pertahanan awam juga menjadi mangsa korban.

Jumlah angka mangsa yang terkorban kini semakin meningkat kepada 12,300 nyawa dan 30,000 mangsa lagi cedera.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.