Umum mengetahui penyanyi terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang, Zamani Slam telah menghidap penyakit Skoliosis iaitu masalah tulang belakang membengkok ke arah sisi.
Pada bulan November lalu, penyanyi itu telah selamat menjalani satu pembedahan untuk membetulkan semula tulang belakangnya di sebuah hospital swasta di Cheras.
Malah keadaan penyanyi itu juga dikhabarkan semakin baik serta telah dibenarkan pulang selepas beberapa hari pembedahan dilakukan.
Kesihatan Zamani juga dilihat semakin pulih hingga membuatkan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi gembira dengan keadaannya.
Aznil yang sebelum ini yang juga bertungkus lumus berusaha mengumpul dana agar pembedahan untuk membetulkan tulang belakang itu turut mengalirkan air mata ketika melihat persembahan pertama Zamani di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, semalam (5 December).
“Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikalnya seperti dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan.
“Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulis pengacara itu dalam Instagram miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, turut kedengaran peminat yang hadir meminta agar dia menyanyikan lagi lagu lain sebaik sahaja selesai menyanyikan satu lagu.
Namun menurut Zamani, kemunculannya pada malam itu hanyalah sebagai percubaan untuk mengetahui sama ada dirinya sudah bersedia atau belum.
Memetik laporan Harian Metro, dia juga menyatakan bahawa terdapat kesan yang dialaminya selepas persebahan itu dilakukan dan mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu.
“Keadaan saya sihat, Alhamdulillah progres pun semakin baik, cuma belum pulih sepenuhnya. Tapi, setakat ini adalah beberapa tawaran menyanyi dah mula dapat.
“Bagaimanapun , saya tampil menyanyi dalam acara kelmarin sebenarnya sebagai medan percubaan, nak tahu saya dah betul-betul boleh dan bersedia nak menyanyi atau belum?
“Tapi, selepas itu (menyanyi) kesihatan saya kurang baik dan dah cuba dapatkan nasihat doktor. Ada kesan pada badan saya selepas ‘show’, dan saya ambil keputusan berehat lagi sampai keadaan diri betul-betul pulih,” jelasnya kepada Harian Metro.
Jelasnya, meskipun keadaan sudah semakin baik namun dirinya masih perlu berehat. Ia bagaimanapun bukanlah suatu perkara yang perlu dirisaukan kerana hanya di bahagian dalaman sahaja yang masih belum pulih kerana cepat berasa letih.
Zamani turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudah mendoakan kesihatannya dan menghargai setiap jasa baik yang diberikan kepadanya.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…