Sedih Lihat Bapa Mentua Menangis, Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Tidak Jadi Anak Derhaka [Video]

Sebelum ini penerbit dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah menjadi perhatian ramai selepas mengesahkan sudah bernikah di Thailand bersama Ira Kazar.

Dia turut menjelaskan pernikahan itu diwalikan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

Baca artikel berkaitan: Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini [Video]

Bapa mengalirkan air mata ketika ditemubual

Pengumuman itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai termasuklah bapa pengarah itu sendiri, Datuk Yusof Haslam yang mengalirkan air mata ketika ditemubual oleh program Melodi.

Menerusi temubual tersebut, bapanya itu menyatakan sebagai seorang ayah dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya dalam keadaan yang sebak.

Dia dalam masa sama turut meminta agar Syamsul dapat menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu dengan baik.

Puteri Sarah tegur Syamsul Yusof jangan jadi anak derhaka

Terbaharu isteri pertama kepada pengarah itu, Puteri Sarah Liyana telah menegur suaminya agar tidak menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Ujar pelakon berkenaan, dia menganggap Yusof Haslam bukan lagi sekadar bapa mentuanya sebaliknya seperti bapa kandung sendiri.

“Bukan sekali dua papa (Yusof Haslam) menangis kerana awak! Berkali-kali. How dare you!

“Jangan jadi anak yang derhaka, malah awak buat ibu awak menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah.

“Kifarah itu ada,” kata Puteri Sarah dalam IG Story yang dimuat naiknya.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 26 Januari ini dan menyatakan akan mendoakan kebahagian kedua mentuanya itu.

“Sarah tak bahagia tak apa, saya boleh sembuh dengan sendirinya tapi jangan mama dan papa tak bahagia.”

Foto: IG Story Puteri Sarah Liyana

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago