fbpx
Now Reading
Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini [Video]

Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini [Video]

Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa pelakon, Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah dan penerbit terkenal, Syamsul Yusof, mengesahkan yang dia sudah bernikah dengah wanita pilihannya Ira Kazar hari ini (6 Januari).

Syamsul menerusi satu hantaran video di Instagram berkata, majlis pernikahannya itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Saya hendak jelaskan semua ini. Saya nak beritahu bahawa saya dan Ira telah bernikah secara sah di Thailand.

“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Tambah Syamsul lagi, dia memilih bernikah di negara jiran itu kerana untuk memudahkan beberapa perkara. Dia bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” kata Syamsul lagi.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan bahawa pelakon, Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah. Justeru dia meminta Sarah agar pulang ke rumah supaya mereka dapat membincangkan perkara itu.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik. Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.