fbpx
Now Reading
Hanya Kawan Biasa, Irene Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Syamsul Yusof

Hanya Kawan Biasa, Irene Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Syamsul Yusof

Menurut Irene, di sebalik gambar yang tular itu Syamsul Yusof hanya datang atas urusan kerja dan mereka kemudian merakamkan foto bersama kerana dia adalah kenalan keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, terdapat desas desus seorang usahawan yang dikenali sebagai Irene dikatakan mempunyai hubungan bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Perkara itu menjadi perhatian selepas tular beberapa foto memaparkan pengarah terbabit telah hadir makan malam bersama keluarga Irene.

Malah ia terus menjadi tanda tanya orang ramai adakah benar pengarah itu mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan.

Irene nafi ada hubungan dengan Syamsul Yusof

Terbaharu, Irene atau nama penuhnya Irene Deanna menafikan bahawa dia dan pengarah berkenaan mempunyai sebarang hubungan seperti yang didakwa selepas tularnya gambar berkenaan.

Bahkan dia menjelaskan mereka hanya berkawan biasa kerana Syamsul merupakan kenalan kepada kedua orang tuanya.

“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’.

“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.

“Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Terkejut apabila nama menjadi bualan hangat lepas gambar bersama Syamsul tular

Kata wanita itu lagi, dia turut terkejut apabila namanya mula menjadi bualan hangat warganet selepas tular gambar bersama suami kepada Ira Kazar itu.

Namun gosip yang hangat diperkatakan itu langsung tidak mengganggunya dari segi emosi dan boleh melakukan kerja seperti biasa.

“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun.

“Syukur, gosip ini tidak mengganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.

“Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” jelasnya lagi.

Malah wanita berusia 25 tahun itu menyatakan dia hanya mampu tertawa tatkala membaca komen dan dakwaan yang diberikan oleh warganet.

“Saya baca dan hanya tergelak.”

Ketika ditanya adakah diri sudah mempunyai kekasih, Irene tidak mahu mengulas mengenainya.

“Itu pun saya tiada komen.”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.