fbpx
Now Reading
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu

Hakim kemudian mensabitkan berlaku penceraian dan memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan serta mendaftarkan perceraian mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah sekian lama berdepan kemelut rumah tangga, akhirnya pengarah filem Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada hari ini (14 Jun).

Difahamkan, Syamsul melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

Lafaz tersebut dilakukan selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Puteri Sarah diperintah jalani tempoh edah 3 bulan

Hakim memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan serta mendaftarkan perceraian mereka selepas disabitkan berlaku penceraian.

Menurut Kosmo, sebelum pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu melafazkan cerai, Puteri Sarah sempat mencium tangan Syamsul buat kali terakhir dan masing-masing kelihatan tenang.

Pada bulan Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk pasangan itu berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

JKP sahkan berlaku shiqaq dan wujud pihak ketiga dalam kemelut rumah tangga mereka

Hal ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) dan wujudnya pihak ketiga.

Sewaktu prosiding hari ini Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akhberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan sepanjang perkahwinan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam berusia 6 tahun dan Summayah berumur 4 tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.