fbpx
Now Reading
“Saya Tidak Tahu Apa-Apa” – Peguam Dapat Agak Akan Ditanya Dakwaan Syamsul Yusof, Ira Kazar Bercerai

“Saya Tidak Tahu Apa-Apa” – Peguam Dapat Agak Akan Ditanya Dakwaan Syamsul Yusof, Ira Kazar Bercerai

Terdahulu, media melaporkan rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pengarah popular tanah air, Syamsul Yusof telah melangsungkan pernikahan bersama Faghira Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar pada 5 Januari 2023 di Selatan Thailand berwalikan bapa Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.

Pasangan suami isteri tersebut dinikahi oleh Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla Thailand Haji Arfee-i Kayem dan pada ketika itu ramai pihak dilihat seolah-olah kecewa dengan pernikahan mereka.

Ini kerana ketika Syamsul menikahi Ira, dia masih lagi menjadi suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana yang sah.

Walau bagaimanapun, sejak belakangan ini, timbul khabar angin yang mendakwa Syamsul dan Ira sebenarnya telah bercerai.

Peguam Syamsul Yusof Enggan Komen, Tidak Apa-Apa Mengenai Anak Guam

Memetik Kosmo, ketika ditanya kepada peguam Azmi Mohd. Rais yang pernah mewakili Syamsul bagi kes penceraiannya bersama Puteri Sarah Liyana, dia mengatakan tidak tahu mengenai desas-desus penceraian bekas anak guamnya itu.

“Saya tak tahu apa-apa. Jadi saya tidak boleh komen. Minta maaf,” katanya.

Malah, dia juga dapat mengagak tujuan sebenar wartawan menghubungi dirinya namun tidak dapat memberikan sebarang komen kerana tidak mengetahui status sebenar kisah mereka.

“Saya tidak tahu benda (apa-apa). Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya.

Yusof Haslam Enggan Ulas Dakwaan Anak Bercerai

Dalam pada itu, ketika ditanya kepada Pengarah Datuk Yusof Haslam mengenai dakwaan kisah penceraian anak lelakinya itu, beliau juga memaklumkan tidak tahu mengenai berita tersebut.

Tambah Yusof, dia sebolehnya enggan mengulas khabar angin tersebut hingga kebenaran gosip tersebut disahkan.

“Terus terang saya katakan saya tak tahu tentang perkara ini. Dia (Syamsul) pun sudah lama tidak pulang ke rumah. Kalau boleh saya tak mahu ulas lanjut tentangnya.

“Apa pun sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Terdahulu, hangat diperkatakan kisah penceraian pengarah berusia 39 tahun itu bersama Ira Kazar selepas media melaporkan rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Ramai yang mengaitkan gosip tersebut dengan Syamsul dan Ira malah dikuatkan lagi dengan gosip tular yang mengatakan Syamsul sedang menjalin hubungan rapat bersama seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.

Desas-desus tersebut turut mendakwa bahawa Ira diceraikan melalui aplikasi Whatsapp dan dihalau keluar dari rumah.

Baca Artikel Berkaitan: “Harta Sepencarian 1 Sen Tak Tuntut”- Didakwa Minta Duit Lebih Banyak, Puteri Sarah Dedah Ia Ikut Kemampuan Syamsul Yusof [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tak Jadi Lafaz Cerai, Gara-Gara Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Terhadap Ira Kazar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.