Aliff Syukri Bengang, Ada Yang Ingin Boikot Perniagaannya Hanya Kerana Berkolaborasi Bersama Ira Kazar [Video]
Menurutnya, dia tiada kaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh Ira dan Puteri Sarah sebelum ini dan hanya mengambil wanita itu atas urusan perniagaan sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berang apabila ada pihak yang mengecam dan ingin memboikot perniagaannya selepas dia melakukan kolaborasi bersama isteri pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Menerusi satu temu bual bersama Mstar Online baru-baru ini, Aliff Syukri berkata, kerjasama yang dilakukannya dalam perniagaan bersama artis-artis lain sebelum ini tidak pernah dipandang netizen.
Tidak hanya itu, dia turut mendakwa segala kebaikan yang dilakukan seperti membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan melaksanakan tanggungjawab zakat juga tidak diendahkan oleh orang ramai.
Terima kecaman netizen selepas buat kolaborasi bersama Ira Kazar
Bagaimanapun, usahawan produk kosmetik dan pakaian berusia 36 tahun itu berkata dia menerima kecaman hebat selepas melakukan kolaborasi bersama Ira.
“Inilah orang Melayu, perkara baik tak nak pandang, benda buruk pandang. Saya bayar LHDN puluh juta, bayar zakat puluh juta ada korang pandang?
“Jangan tengok dari sudut negatif, kalau saya tak ambil orang-orang yang korang sebut nama buruk itu, diorang takda kerja sampai kena buat benda tak elok macam mana?
“Bukan saya suruh diorang selak kain, saya suruh diorang jadi model pakai baju, pakai tudung, apa masalah awak?” katanya.
Tiada kaitan dengan isu Ira dan Puteri Sarah, hanya urusan perniagaan sahaja
Menurutnya, dia tiada kaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh Ira dan Puteri Sarah sebelum ini dan hanya mengambil wanita itu atas urusan perniagaan sahaja.
Berkongsi lanjut, Aliff berkata tiada masalah untuk dia mengambil sesuatu individu yang terkait kontroversi atau artis ternama sebagai sebahagian pemasaran perniagaannya.
“Saya nak bagitahu dekat adik-adik yang mungkin tak matang, yang provok kononnya usahawan mengambil kesempatan untuk membantu orang.
“Habis selama ini saya bantu orang guna daun ke? Guna duit kan? Jadi bila guna duit kena buat ‘marketing’ dan perniagaan kan? Jadi selagi mana saya tak mencuri atau merompak, bagi saya tiada masalah,” katanya kagi.
Ira Kazar berada di tempat pertama senarai carian Google bagi tahun 2023
Terdahulu, nama Ira Kazar berjaya mencuri tumpuan ramai kerana berada di tempat pertama dalam senarai carian Google bagi tahun 2023.
Apa yang mengejutkan, Ira juga berjaya mengatasi ‘populariti’ pelawak kontroversi, Jocelyn Chia serta beberapa selebriti terkenal seperti Michelle Yeoh, Angelina Tan, Intan Najuwa dan Syamsul Yusof.
Baca Artikel Berkaitan: