Ira Kazar Atasi Jocelyn Chia, Jadi Individu Paling Banyak Dicari Di Google Search Bagi 2023
Di dalam carta yang dikeluarkan Google, bekas isteri Syamsul iaitu aktres Puteri Sarah pula berada di tempat kelima.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon, Ira Kazar yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof mencuri tumpuan apabila berada di tempat pertama dalam senarai carian Google bagi tahun 2023.
Lebih mengejutkan apabila Ira yang berada di tempat pertama berjaya mengatasi ‘populariti’ pelawak kontroversi, Jocelynn Chia serta beberapa selebriti terkenal seperti Michelle Yeoh, Angelina Tan, Intan Najuwa termasuk Syamsul sendiri.
Di dalam carta yang dikeluarkan Google, bekas isteri Syamsul iaitu aktres Puteri Sarah pula berada di tempat kelima.
Satu-satunya individu terkenal yang bukan dari Malaysia di dalam senarai Top 10 tersebut adalah pelakon Korea, Anh Bo Hyun.
Kedudukan carian paling sohor di Malaysia bagi kategori individu:
- Ira Kazar
- Jocelyn Chia
- Michelle Yeoh
- Angelina Tan
- Puteri Sarah
- Syamsul Yusof
- Zarina Anjoulie
- Intan Najuwa
- Sabri Yunus
- Ahn Bo Hyun
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ungguli carian kategori berita
Bagi carian kategori berita pula, topik bantuan kewangan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan carian tertinggi bagi rakyat Malaysia diikuti keyword ‘War in Israel and Gaza’ serta ‘Keputusan PRN’.
Berita lain yang menarik perhatian di seluruh negara adalah penutupan syarikat penerbangan kos rendah tempatan ‘MYAirline’ pada awal Oktober, ‘PLKN’ atau Program Latihan Perkhidmatan Negara yang membuat kemunculan semula, kebimbangan ibu bapa mengenai risiko mainan ‘lato-lato’, insiden ‘The 1975’ di sebuah festival muzik di Sepang, dan kemalangan pesawat ringan di ‘Elmina’, Shah Alam.
Kedudukan carian paling sohor di Malaysia bagi kategori berita:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- War in Israel and Gaza
- Keputusan PRN
- MYAirline
- Turkey Earthquake
- eBelia Rahmah
- PLKN
- Lato-lato
- The 1975
- Elmina
Selain dua kategori tersebut, terdapat beberapa lagi kategori lain seperti filem, drama dan acara sukan paling sohor di Malaysia.