fbpx
Now Reading
Ramai Persoal Puteri Sarah Cantik Bergaya Lepas Bercerai, Ini Respon Yusof Haslam

Ramai Persoal Puteri Sarah Cantik Bergaya Lepas Bercerai, Ini Respon Yusof Haslam

Menurut Yusof Haslam, Puteri Sarah wajar berpenampilan baik kerana perlu bekerja dan sebagai wanita ia tidak menjadi masalah jika tampil berpakaian kemas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 14 Jun lalu pelakon wanita, Puteri Sarah akhirnya menamatkan kemelut rumah tangganya bersama pasangan, Syamsul Yusof apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Lafaz cerai itu telah dilakukan oleh pengarah terkenal terbabit di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.

Malah mereka sebelum bercerai sempat bersalaman dan Sarah turut mencium tangan bekas suaminya itu buat kali terakhir.

Baca artikel berkaitan: Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu

Ramai persoal gaya Puteri Sarah, Yusof Haslam sifatkan ia wajar kerana masih bekerja

Walau bagaimanapun, nama pelakon wanita ini sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak menghormati tempoh edah selepas bercerai kerana tampil cantik bergaya menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Berikutan itu bekas bapa mentua Puteri Sarah, Datuk Yusof Haslam tampil mempertahankan aktres berkenaan dan menyatakan perkara itu wajar dilakukan.

Ini kerana Sarah yang juga pelakon perlu bekerja demi mencari rezeki selepas bercerai dengan Syamsul.

Jelasnya perkara itu bukanlah suatu masalah apabila Puteri Sarah sering tampil untuk cantik dan bergaya.

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Faham jadual Puteri Sarah padat

Ketika disoal adakah sering berjumpa dengan dua orang cucu iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah, bapa kepada Syamsul itu menjawab dia dan isteri, Datin Patimah Ismail menghormati jadual kerja Sarah yang padat dengan tuntutan kerja.

“Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

“Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayyah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini,” jelasnya.

Sentiasa doakan kebaikan anak dan menantu

Malah dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik kepada Sarah serta Syamsul agar keduanya memiliki kebahagian yang dimahukan meskipun telah berpisah.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang berumur enam dan empat tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.