fbpx
Now Reading
Bawa Isu Anak Ke Mahkamah, Shakila Khoriri Sedia Berdepan Dengan Fizi Ali Bulan Depan

Bawa Isu Anak Ke Mahkamah, Shakila Khoriri Sedia Berdepan Dengan Fizi Ali Bulan Depan

Sebelum ini, Fizi Ali telah memuat naik satu hantaran di Instagram menyatakan dia telah mendapat tarikh untuk ke mahkamah berhubung hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini penyampai radio, Fizi Ali telah mengambil keputusan untuk membawa isu berhubung hak penjagaan anaknya, Ameena Sofia ke mahkamah.

Malah Fizi menerusi Instagram miliknya turut memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang apabila memaklumkan sudah mendapat tarikh untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Seperti yang dijangka.. call tak berangkat WhatsApp tak balas. Lari lah jauh mana boleh lari.. tengok jauh mana boleh lari lagi.. pusing selagi boleh pusing.

“Tarikh dah dapat.. kita akan selesaikan di tempat sepatutnya,” tulisnya di kapsyen sambil meminta agar anak perempuannya bersabar dan mereka akan berjumpa tidak lama lagi.

Harap bekas isteri akan datang agar dapat selesaikan masalah

Memetik laporan mStar, Fizi turut berharap agar bekas isteri yang juga pelakon, Shakila Khoriri hadir untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.

“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia (Shakila) akan datang untuk menyelesaikan isu ini.”

Fizi turut memaklumkan bahawa nombor telefonnya telah disekat oleh bekas isteri dan perkara itu membuatkan mereka sukar untuk berkomunikasi.

Oleh itu, ia menyebabkan Fizi perlu menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Shakila bersedia berdepan dengan Fizi di mahkamah

Terbaharu, pelakon itu memaklumkan dia telah bersedia untuk berdepan dengan penyampai radio berkenaan di mahkamah pada Januari depan.

Jelas Shakila, dia enggan membuat sebarang kenyataan balas terhadap dakwaan itu atas nasihat peguam.

“Minta maaf, saya tak boleh nak komen apa-apa berkenaan ‘posting’ dibuat Fizi. Tak mengapa kami akan jumpa di mahkamah, insya-Allah bulan depan.

“Saya akan tunggu keputusan mahkamah dan peguam nasihat tak berikan apa-apa kenyataan lagi berkenaan isu ini,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Maklum kali terakhir berhubung dengan Fizi pada bulan lalu

Dia bagaimanapun memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Fizi adalah pada 11 November lalu.

“Dia pun tidak menghubungi atau WhatsApp saya sejak hari graduasi konsert akhir tahun Ameena tempoh hari.

“Kali terakhir dia telefon dan bagi mesej menerusi WhatsApp adalah pada Sabtu bertarikh 11 November lalu selepas itu dia terus ghaib.”

Malah Shakila hanya membiarkan Fizi melemparkan tuduhan apabila disoal mengenai isu dakwaan dihalang jumpa anak mereka dan berhubung isu nombor disekat.

“Biarlah dia nak cakap apa, tak mengapalah. Biarlah dia,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.