fbpx

Kena Renjatan Elektrik Pada Troli Ketika Beli-Belah? Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Badan Anda [Video]

Menurut Doktor Wan, badan manusia dipenuhi dengan cas positif dan negatif kerana di dalamnya terdapat daripada atom-atom.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap di antara kita pasti pernah terkena renjatan elektrik kecil ketika memegang troli semasa di pasar raya atau pusat membeli-belah.

Namun perkara ini tidak hanya berlaku ketika memegang troli, malah ia turut terjadi apabila anda tersentuh pintu kereta, menaiki eskalator atau barangan yang diperbuat daripada besi kerana ia bersifat konduktor.

Meskipun renjatan tersebut tidak sakit namun rasa terkejut itu membuatkan kita berasa tidak selesa.

@at_bie

Aku je ke 😭 macam kena renjatan mat 🫠 #fyp #biekalbar

♬ original sound – Bie – Bie

Ia berlaku kerana elektrostatik

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan iaitu Doktor Wan telah merungkai mengapa perkara itu berlaku.

Menurutnya kejadian itu dipanggil sebagai elektrostatik iaitu pertembungan di antara cas positif dan negatif sehingga menyebabkan terhasilnya tenaga elektrik.

“Tahukan anda badan kita dipenuhi dengan cas positif dan negatif, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki terdapat elektrik. Ini kerana badan kita terdiri daripada atom-atom.

“Oleh itu, janganlah hairan sekiranya anda tersentuh tangan seseorang dan merasakan ada elektrik kerana badan kita mempunyai cas,” jelasnya.

Catwalk hasilkan banyak cas negatif

Namun apa yang menjadi persoalan adalah jenis cas apakah yang dihasilkan oleh badan anda, contohnya jika seseorang sedang berjalan seperti ‘Catwalk’ dan menghasilkan geseran ia menyebabkan akan terhasil cas negatif.

“Jadi apabila anda menyentuh permukaan yang mempunyai banyak cas positif ia akan menyebabkan berlakunya elektrostatik sekaligus membuatkan anda terkejut.

“Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang berpeluh seperti saya ia lebih memudahkan pengaliran elektrik berlaku,” ujarnya.

Kulit manusia sebenarnya bersifat penebat

Walau bagaimanapun, meskipun terkena kejutan elektrik dan sebagainya namun kulit sebenarnya bersifat penebat yang membantu untuk menghalang pengaliran elektrik.

Selain itu, baju juga turut memainkan peranan yang penting kepada pengaliran elektrik.

Sebagai contoh pakaian jenis polyster akan memudahkan cas negatif dihasilkan dan ia secara tidak langsung akan membuatkan anda mudah terkena kejutan elektrik.

Namun, anda yang mudah terkena cas elektrik ini tidak perlu khuatir kerana ia bukanlah penanda anda mempunyai sebarang penyakit, sebaliknya ia hanyalah lebih kepada permukaan cas dan tidak serius.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.