Sejak kebelakangan ini, isu filem tempatan berjudul Pulau menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial selepas filem itu mengeluarkan trailer yang dikatakan mempunyai adegan yang tidak senonoh.
Malah filem itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta agar filem berkenaan ditapis sekali lagi sebelum ditayangkan di layar perak pada Mac nanti.
Sebelum ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut menyatakan bahawa pihaknya tidak bertanggungjawab untuk memberikan kelulusan kepada filem tersebut.
Sebaliknya memaklumkan garis panduan bagi kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).
Baca artikel berkaitan: FINAS Akui Trailer Pulau Ada Adegan Keterlaluan Namun Kelulusan Di Bawah LPF
Terbaharu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah membuat bantahan terhadap kelulusan tayangan yang diberi oleh LPF kepada filem Pulau selain turut meminta agar ia disemak semula.
Memetik laporan Kosmo, Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid menyatakan filem itu adalah tidak sesuai untuk ditonton oleh orang awam memandangan ia mempunyai aksi tidak senonoh seperti dalam trailer yang tular di media sosial.
Sehubungan itu pihaknya tertanya-tanya bagaimanakah filem itu boleh diluluskan tayangan bermula 9 Mac depan.
“Jadi, kita minta LPF menyemak semula kelulusan yang diberi. Mapim membantah sebarang bahan media yang menonjolkan unsur kelucahan melampau. Ini bercanggah dengan Rukun Negara berkenaan kesopanan dan kesusilaan,” ujarnya.
Untuk maklumat, filem seram itu turut dilakonkan oleh Alif Satar, Amelia Henderson, Alexender Henderson, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, dan banyak lagi.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…