Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih belum menemui titik noktah apabila semalam (21 Mac) suaminya itu memfailkan permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut Syamsul tuntutan itu dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Malah dia turut mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya.
Baca artikel berkaitan: “Siapa Boleh Terima Bila Tahu Isteri Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof Failkan Nusyuz
Tidak sampai sehari, Puteri Sarah hari ini (22 Mac) tampil di Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak penuh.
Aktres berusia 38 tahun itu semasa dijumpai menyatakan permohonan tersebut dilakukan ‘secara tiba-tiba’.
“Sebab semalam pun tiba-tiba, kita semua pun main tiba-tiba,” ujarnya.
Dalam pada itu, peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff yang mewakili pelakon drama ‘Andainya Itu Takdirnya’ turut menjelaskan bahawa permohonan hadanah dilakukan pihaknya di bawah Seksyen 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82.
“Seksyen itu memperuntukkan ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan,” jelas peguam itu.
Maklum peguam itu lagi, sesalinan dokumen berhubung permohonan hadanah belum lagi diberikan kepada pihak Syamsul Yusof.
“Setakat ini, pihak kami belum menyerahkannya kerana masih menunggu peluang, pihak kami baru memfailkan permohonan (hadanah) itu hari ini. Jika ada peguam daripada pihak defendan kita boleh serahkan pada peguam,” ucapnya.
Maksud hadanah adalah hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil serta belum berupaya dalam menguruskan diri mereka, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas bercerai.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…