Bagi mereka yang sudah berusia 20-an dan ke atas pasti anda masih ingat lagi dengan drama bersiri Diari Ramadan Rafique yang disiarkan di TV3 pada tahun 2006 dan 2007.
Siri yang mengisahkan tentang pengalaman Rafique yang sedang belajar berpuasa bersama sepupunya di kampung sering mendapat perhatian ramai penonton.
Malah apabila mengimbau semula ia bagaikan nostalgia kerana teringat pula masa kecil dahulu sebelum berbuka pasti kita semua akan tunggu di hadapan televisyen untuk menantikan menyaksikan keletah Rafique bersama sepupu dan keluarganya.
OST lagu bagi drama yang diarahkan oleh M. Hitler Zami ini turut membuatkan kanak-kanak pada ketika itu sering menyanyikannya.
Namun tahukah anda siapakah gerangan yang menyanyikan lagu itu?
Pasti ramai yang terkejut. Ia adalah Bella Astillah. Di atas permintaan ramai, pelakon dan penyanyi itu baru-baru ini telah menyanyikan lagu bertajuk ‘Diari Ramadhan’ khas buat peminatnya.
Menurut Bella yang juga isteri kepada Aliff Aziz, nyanyiannya kini mungkin sedikit berbeza lagu itu sebelum ini dinyanyikan ketika dia masih kecil.
“Ramai betul permintaan lagu ini ya.. Okay saya tunaikan tapi suara dah besar dah,” katanya.
Lagu itu kemudian dinyanyikan oleh Bella dari awal sehingga akhir. Melihat di ruangan komen rupanya ramai yang tidak tahu lagu ini dinyanyikan oleh Bella Astillah.
Menerusi semakan kami di Diskograf, lagu terbitan Lineclear Audio Post itu dicipta oleh Adzrey manakala lirik oleh Faizul dan Ayu.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…