“Hati-Hati Itu Tanda Allah Yang Satu” – Nabil Tegur Orang Ramai Kaitkan Gaya Angkat Jari Satu Dengan Curang

Pengacara, Nabil Ahmad meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir orang yang dilihat mempersenda dan memperlekehkan pose bergambar sambil mengangkat satu jari yang dikaitkan dengan perbuatan curang.

Menurut Nabil, orang ramai khususnya penganut agama Islam tidak seharusnya mempersendakan gaya ‘satu jari’ menunjuk ke atas itu kerana ia membawa maksud Allah Yang Satu.

“Saya sebenarnya kesal, kecewa dan sedih apabila melihat gaya ‘angkat jari satu’ yang juga tanda Allah Yang Satu ini dijadikan bahan jenaka serta dipersendakan segelintir individu dengan kaitan curang.

“Berhati-hatilah dengan apa yang anda lakukan. Tidak semuanya boleh dibuat jenaka dan diperlekehkan dengan mudah. Ambil tahu maksudnya dulu sebab dalam solat lima waktu kita pun memang mengangkat satu jari dilakukan ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir.

“Kiralah berapa banyak kali kita angkat dalam solat. Jangan buat main perkara begini. Kalau tak tahu jangan nak perlekeh, dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Agama ajar yang baik, betul, terang dan jelas,” katanya kepada Harian Metro.

Turut terkena tempias apabila berbuat demikian

Tambah Nabil, dia turut terkena tempias sewaktu melakukan gaya berkenaan ketika bergambar. Tegasnya jangan dikaitkan perbuatan individu yang curang dengan tanda Allah Yang Satu.

“Bagi saya, tanda itu (Allah Yang Satu) tak patut dimainkan. Takut lari akidah. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu. Sebabnya, yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan disebabkan atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (La Ilaha Illallah) terus dianggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri,” katanya.

Selain Nabil, beberapa rakan selebriti turut terkenal dengan pose sedemikian antaranya Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Syamsul Yusof dan juga Hafidz Roshdi.

Malah ramai lagi rakan selebriti baik senior mahupun junior seperti Faizal Ismail, Bell Ngasri dan ramai lagi turut dilihat berbuat demikian khususnya ketika ke Tanah Suci Mekah atau berdakwah.

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar juga tidak terkecuali apabila dilihat berbuat demikian sewaktu keluar mengikuti jemaah tabligh beberapa tahun yang lalu.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

7 hours ago