Art of Speed 2023 Saji Line-up Padu di Festival SoundCircus, Hiburkan Ribuan Penonton

Hari ini (29 Julai), Art of Speed Malaysia (AOS 2023) secara rasminya telah memulakan acara Kustom dan Counter Culture yang paling julung di negara ini di MAEPS, Serdang.

Acara yang mempamerkan ratusan buah kenderaan kustom dan ribuan motosikal pelbagai jenis itu telah dihadiri ribuan peminat automotif dan muzik.

AOS 2023 pada kali ini bertemakan ‘raikan bezamu’ telah diadakan pada hari ini sehingga esok (30 Julai) dengan keluasan ruang tertutup 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar, lebih besar berbanding AOS pada tahun sebelumnya.

AOS 2023 turut anjur Festival SoundCircus, tengok autoshow sambil berhibur

Seperti tahun sebelumnya, AOS 2023 ini turut mengadakan Festival SoundCircus yang begitu sinonim dengan acara itu. Mereka membawa beberapa barisan kumpulan ‘metal hardcore’ dan ‘indie’ tempatan serta antarabangsa buat para pengunjung yang hadir.

Antara barisan penyanyi dan kumpulan yang ada adalah seperti Dato Maw, Arunboii Real Music, Hiphop Decontrol, Loko, Dead Mushroom, One Buck Short (OBS), Naratu, Superman is Dead, Skudap Skudip, Plague of Happiness dan banyak lagi.

Plague of Happiness
Naratu

Festival SoundCircus indoor dan outdoor buat pengunjung

SoundCircus pada kali ini diadakan di dua tempat berbeza iaitu kawasan tertutup pada 29 & 30 Julai di Dewan D dan kawasan terbuka berhampiran pintu masuk hanya pada hari pertama.

Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk menonton konsert terbabit yang bermula dari pukul 3 petang sehingga 11 malam itu.

Kami yang berpeluang berada di sana dapat menyaksikan kemeriahan suasana sekitar festival terbabit dengan ribuan penonton turut bersama menyanyi, menari, head banging serta mosh di hadapan pentas.

Kemeriahan di Festival SoundCircus, penonton ‘head banging’ dan ‘mosh’

Sewaktu persembahan pada waktu malam berlangsung, penganjur turut mengumumkan pemenang bagi Battle of The Band iaitu kumpulan CHLYPDY.

Secara keseluruhan, kemeriahan AOS 2023 memang tidak disangkal lagi apabila bukan sahaja menampilkan pelbagai jenis kenderaan kustom, malah turut berjaya menghiburkan penonton dengan Festival SoundCircus.

Video Instagram

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago