Taman Tema Sunway Dengan Kerjasama Perhilitan Rai ‘Global Tiger Day’

Tidak dinafikan setiap haiwan yang wujud mempunyai peranan tersendiri dalam menstabilkan ekosistem di dunia.

Walau bagaimanapun seiring masa beredar terdapat beberapa haiwan yang telah pupus dan ada juga segelintir darinya kini sedang diancam kepupusan.

Contohnya di Malaysia haiwan seperti penyu, tenggiling, Orang Utan dan termasuklah Harimau Malaya merupakan haiwan yang tersenarai diancam kepupusan.

Ini kerana terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab memburu mereka untuk keuntungan sendiri selain habitat yang mula hilang disebabkan permodenan yang dilakukan.

Sehubungan itu, dunia telah mengadakan ‘Global Tiger Day’ sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemulihan haiwan yang terancam ini.

Sunway Lagoon rai ‘Global Tiger Day’ bersama Perhilitan

Oleh itu, Taman Tema Sunway pada hari ini (29 Julai) tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hari tersebut apabila melakukan kerjasama dengan Perhilitan Malaysia untuk melindungi serta memelihara populasi haiwan karnivor itu.

Perkara ini adalah penting agar generasi yang akan datang masih dapat melihat secara jelas haiwan berkenaan terutama Harimau Malaya yang hanya boleh didapati di Malaysia.

Apa yang lebih menarik, dengan terjalin kerjasama ini ia turut menggalakkan pembangunan mampan selain mengiktiraf peranan terhadap alam sekitar. Tujuan kerjasama ini dilakukan adalah untuk berkongsi mengenai pengetahuan sumber serta kepakaran dalam memulihara harimau dan juga habitatnya.

Tindakan segera perlu dilakukan untuk lindungi harimau

Untuk makluman harimau boleh didapati di seluruh Asia namun ia mengalami penurunan bilangan yang mendadak disebabkan terancam. Malah penurunan bilangan haiwan ini menyebabkan tindakan segera perlu dilakukan untuk melindungi spesies berkenaan dari pupus di dunia.

Justeru itu, dengan tema “Lindungi Harimau, Habitat mereka,” sambutan Hari Harimau Antarabangsa 2023 mempunyai peranan penting untuk memulihara semula habitat kelangsungan serta kesejahteraan ‘kucing besar’ ini.

“Usaha untuk melindungi dan memulihkan ekosistem kritikal, seperti hutan, padang rumput dan tanah lembap. Ia amat penting dalam mengekalkan populasi harimau yang berdaya maju dan memelihara biodiversiti.

“Kempen pendidikan, di acara komuniti dan inisiatif digital akan dianjurkan bagi melibatkan orang ramai dalam memahami kepentingan pemuliharaan harimau dan kesan tindakan individu terhadap kelangsungan hidup habitat ini,” kata taman tema itu.

Pelbagai aktiviti dilakukan di Sunway Lagoon dan Suway Lost World of Tambun

Selain Sunway Lagoon, Global Tiger Day ini turut disambut di Sunway Lost World of Tambun apabila pelbagai aktiviti dijalankan di kedua-dua tempat untuk memberi pendedahan pendidikan kepada orang ramai.

Di Sunway Lagoon antara aktiviti yang dilakukan adalah merasa, quiz, lukisan muka dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi, orang ramai juga dapat menyaksikan pameran konservatif mengenai harimau yang dipamerkan oleh pihak Perhilitan.

Manakala bagi Sunway Lost World of Tambun Hari Harimau Antarabangsa dimeriahkan dengan aktiviti seperti Tiger and Friends Show’, Thumbs Up’ serta pameran dari Perhilitan.

Selain aktiviti ini, Sunway dalam masa sama ingin memperkenalkan satu program iaitu “Explore Rangers” kepada orang ramai di mana ia merupakan program keahlian pendidikan di luar kelas seperti ‘Classes ALIVE!’ serta ‘Flexi Classes’ yang dilakukan oleh ahli zoologi dan pendidikan dari Sunway Theme Park.

Program ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempelajari mengenai hidupan liar, sains dan juga kelestarian.

“‘Explore Rangers’ di taman tema Sunway Lagoon dan juga Sunway Lost World of Tambun diliputi dengan pelbagai silibus seperti ‘Aqua Explorer’, ‘National treasure’, ‘Fear Factor’ dan sebagainya. Silibus yang diterapkan adalah berlainan bagisetiap bulan agar para kanak – kanak dapat menerapkan pelbagai ilmu.

Selain itu, terdapat juga ceramah pendidikan dari ‘ex- junior ranger’ kepada kanak – kanak yang menyertai program ‘Explore Rangers’.”

Semoga dengan adanya pemuliharaan dan insiatif ini ia dapat menyelamatkan salah satu spesies haiwan paling ikonik yang semakin terancam di planet ini. Maka, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab untuk melakukan perubahan agar generasi akan datang masih dapat melihat haiwan ini secara realiti.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

16 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

16 hours ago