“Saya Akan Kenang Sepanjang Hayat”- Lelaki Dedah Siti Nurhaliza Pernah Bantu Bayar Kos Bedah Jantung Anak [Video]

Setiap manusia sememangnya digalakkan untuk melakukan kebaikan terhadap semua orang yang memerlukan.

Ini kerana amalan yang baik adalah dituntut dalam setiap agama selain dapat membantu individu yang sedang dalam kesusahan.

Lelaki kongsi kisah anak mengidap jantung berlubang dibantu Siti Nurhaliza

Samalah seperti seorang individu ini apabila berkongsi mengenai kisah Allahyarham anaknya yang dibantu oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa si kecil itu sedang bertarung dengan penyakit jantung berlubang 11 tahun yang lepas.

Perkara itu dikongsikan oleh Adiey Salleh menerusi satu video yang tular di TikTok miliknya.

Jelas Adiey semasa kejadian itu, dia dan isteri berada di Institut Jantung Negara (IJN) untuk melakukan pembedahan bagi anaknya dan terpaksa mengeluarkan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi menyelamatkan anak kesayangannya.

“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalani pembedahan jantung berlubang.

“Saya dan isteri berada di dalam bilik tafsiran hospital tiada pilihan.. kami ingin mengeluarkan KWSP pada waktu itu.

“Terkenang sekejap… tiba-tiba wakil Simply Siti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan,” ujarnya dipetik mStar.

Takkan dapat dibalas hingga akhir hayat

Adiey turut mengatakan pertolongan yang diberikan oleh pelantun lagu Biarlah Rahsia tidak dapat dibalasnya sehingga akhir hayat.

Malah turut mendoakan agar selebriti itu sentiasa diberikan keberkatan dalam hidup.

Menurut bapa itu meskipun anaknya sudah meninggal dunia tetapi dia mensyukuri setiap kesempatan selama tiga bulan selepas pembedahan dilakukan untuk berkongsi kasih dan sayang bersamanya.

Dia turut memaklumkan bahawa setiap yang diceritakan itu adalah benar dan ia akan dikenang sampai bila-bila.

“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dengan Siti. Demi Allah perkara ini benar. Bederai air mata jantan saya. Terima kasih Siti.

“Saya akan kenang sepanjang hayat dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya doakan Siti terus diberkati Allah.

“Anak saya pun sudah tiada (meninggal dunia). Sempatlah dia berlari dan beraya.. tiga bulan dia hidup bersama kali,” ucapnya lagi.

Jelas Adiey dia harap agar keluarga terus tabah dan reda ujian yang diberikan selain berharap anak syurga itu akan menunggu mereka di sana kelak.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi kebaikan yang dilakukan oleh penyanyi terbabit selain menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Tokti terlalu baik.. waktu kami makan malam dekat rumah Tokti dulu. Layanan mereka terbaik sangat. Bonda Datuk K juga terbaik.. sayang kalian semua”

“Sangat inspirasi pada saya. Terima kasih Tokti selalu jadi contoh dan membawa aura yang sangat-sangat positif semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan”

“Terlalu banyak sebenarnya tapi semua dalam diam tak ada siapa tahu sangat pun itulah Kak Iti dan biarkan rahsia berpisah tiada, semua seikhlas hati”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

10 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago