‘Doa Anda Dah Makbul’, Aishah Tersingkir Dari Pentas ASGV

Umum mengetahui pada masa kini program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Program yang membariskan juara-juara daripada program Gegar Vaganza musim terdahulu mula bersiaran pada 24 September dengan Nabil Ahmad, Jihan dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Menerusi program tersebut, peserta perlu membuat persembahan pada setiap minggu mengikut tugasan yang diberikan dan dinilai oleh juri sebelum mereka disingkirkan daripada program berkenaan.

Aishah Jadi Peserta Ketiga Tersingkir, Dapat Markah Terendah

Semalam (15 Oktober), penyanyi senior yang popular dengan lagu Janji Manismu, Datuk Aishah menjadi peserta ketiga yang tersingkir bagi minggu keempat program ASGV.

Keputusan yang mengejutkan itu diketahui selepas tiada lagu diumumkan untuk Aishah bagi persembahan minggu hadapan dalam segmen Ada Lagu, Ada lagi.

Menurut Astro, Aishah menjadi peserta dengan markah terendah sebanyak 43.75% selepas membuat persembahan duet bersama Vince menerusi lagu Terlanjur Cinta.

Anggap Doa Segelintir Pihak Termakbul

Bagi Aishah, beliau menganggap penyingkirannya sebagai doa yang dimakbulkan oleh segelintir pihak yang mahu melihat dia keluar daripada program berkenaan.

“Saya rasa ramai juga doa orang di sana yang dah makbul untuk tengok saya keluar,” ucap Aishah selepas diumum tersingkir daripada program tersebut.

Beliau juga turut dilihat mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya yang sentiasa memberi sokongan.

“Terima kasih kepada penyokong saya, saya happy esok saya boleh tidur,” katanya lagi.

@syukfendi2

Dato Aishah cakap siapa tu? Anyway tq Dato Aishah legenda yang telah menghiburkan kita berpuluh2 tahun #fyp #fypシ #fypage #gv GV All Stars Gegar Vaganza Star

♬ original sound – syukfendi – syukfendi

Persoal Markah Rendah, Anggap Ia Satu Kegagalan

Dalam pada itu, mStar melaporkan Aishah turut menzahirkan rasa kecewa dengan markah yang diperolehinya.

Penyanyi itu yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sewaktu persembahan duetnya bersama Vince.

Malah, beliau juga tidak tahu sebab dia dinilai begitu teruk sehingga hanya mampu meraih keseluruhan markah 43.75% daripada juri.

“Saya rasa (persembahan) okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan.

“Saya secara jujur tidak tahu kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75% sahaja, itu gagal tau,” katanya yang dipetik dari mStar.

Konsert Minggu Keempat ASGV yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam semalam (15 Oktober) menyaksikan Aishah berada ditangga terbawah ekoran memperolehi markah terendah berbanding peserta yang lain.

Penilaian yang dibuat oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat telah menyebabkan Aishah menjadi peserta ketiga yang tersingkir selepas penyingkiran Suki Low dan Cliff Umar pada minggu kedua ASGV.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif kononnya ada orang mendoakan agar dia terkeluar.

Ada yang merasakan nyanyian beliau sememangnya kurang memuaskan berbanding sebelum-sebelum ini.

Namun, ada yang mendakwa perkara itu berlaku selepas Aishah membuat pembedahan.

Sebelum Ini Suara Dia Memang Power Weh, Cuma Lepas Dia Buat Pembedahan Tu, Suara Dia Lain Macam Sikit

Dia Ni Negatif Je

Kak Aishah Dah Buat Yang Terbaik Di Hati Peminat Akak

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

11 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

11 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

13 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

14 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

15 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

15 hours ago