fbpx

“Macam Pandai Sangat Tentang Muzik..” – Aishah Bengang Orang Kutuk Suara Noraniza Idris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Juara GV4, Aishah meluahkan rasa terkejut dan berangnya apabila mengetahui rakan industri, Noraniza Idris dikecam orang ramai ekoran dari persembahan nyanyiannya.

Pernah berdepan perkara sama Aishah jelas terkilan apatah lagi orang yang mengkritik nyanyian penyanyi berkenaan seolah-olah lebih mahir dan arif dalam bidang seni suara. 

“Allahuakbar, seminggu dua ini saya mengharungi cabaran kecaman di alam maya, rupanya teman duet final GV7 nanti juga mengalami nasib yang sama.

“Saya pula yang geram membaca komen-komen ini. Komen-komen negatif daripada orang yang macam dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara, tapi hakikatnya orang-orang ini sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan barai persembahannya. 

“Lagi ada hati nak komen dan tuduh macam-macam. Komen berapi-rapi, emosi dan buka ruang untuk orang lain kecam,” katanya menerusi posting di lama Instagram.

Tak suka tak apa tapi beradablah sikit

Tambah Aishah lagi, GV adalah program hiburan justeru semua orang harus bertenang dan beradab. Malah menurutnya tidak salah untuk tidak meminati seseorang namun tidak perlulah sehingga ke tahap mengecam.

“Ya Allah, ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak? Kalau kita tak suka suara seseorang, itu cita rasa masing-masing, dah selera kau macam tu, okaylah..tapi perlu ke nak kecam? 

“Tak rasa rugi ke nanti? Berbaloi ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata-kata kita untuk program hiburan?

“Tak suka tak apa, tapi beradablah sikit. Orang yang diumpat tu ada suami, ada anak-anak, ada keluarga. Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi. Kalau tak pun, tutup saja televisyen tu atau tukar saluran,” ujarnya.

Jelasnya lagi, hanya mereka yang pernah menyertai program realiti itu sahaja yang faham betapa mencabarnya untuk meneruskan perjuanagan setiap minggu.

“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang.

“Yang tak pernah lalui takkan tahu. Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing (hentam) karyawan kita sendiri. 

“Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun macam Tok Ram kata macam’hauk’, tapi orang kita agung-agungkan.

“Hormatilah bakat-bakat insan yang kita ada, carilah kebaikan setiap orang tu, kerana kita pun sempurna sangat ke? Sila muhasabah diri. Jangan kita muflis pahala di padang mahsyar disebabkan dosa yang mengalir,” pesannya.

Terdahulu, persembahan Noraniza Idris sewaktu di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dikecam segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan prestatsi nyanyiannya namun masih ramai yang menyukai pemilihan lagu Hindustan yang di lakukannya.

Aishah juga berdepan perkara sama apabila dikritik hebat dan dikatakan tidak menghayati nyanyian sewaktu mendendangkan lagu Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu sewaktu Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.