Isu Tidak Bayar Sewa & Bil Elektrik Cecah Hampir RM7,000, To’ki Akhirnya Buka Mulut

Sejak seminggu yang lalu, hangat diperkatakan tentang isu mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 90-an yang tidak membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah hampir RM7,000.

Segalanya bermula apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Liza Mohamad mendedahkan penyewa yang merupakan seorang penyanyi lelaki tidak membayar sewa rumah sejak Jun hingga September 2023.

Malah, rumah sewa milik wanita itu turut mempunyai tunggakan bil yang telah mencecah hampir RM7,000. Sehubungan itu, dia meminta penyanyi berkenaan keluar daripada rumah namun dia mendakwa diugut dengan parang ketika sedang berbincang di rumah tersebut.

Beberapa hari kemudiannya, teka-teki berhubung siapakah gerangan penyewa itu akhirnya terjawab apabila media melaporkan individu tersebut adalah penyanyi terkenal era-90 an, To’ki.

Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Buat Laporan Polis, Dakwa Penyanyi Terkenal Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik Cecah RM6,770

Keluarkan Parang Ketika Kedatangan Tuan Rumah, To’ki Hanya Mahu Lindungi Diri & Keluarga

Terbaharu, To’Ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur tampil menjelaskan isu yang timbul.

Menurut penyanyi yang berusia 58 tahun itu, tindakannya yang mengeluarkan parang hanyalah sekadar mahu melindungi diri dan keluarga.

Ini kerana ketika kejadian, To’ki mendakwa tuan rumah telah menghinanya sebagai pengemis, datang secara berkumpulan pada waktu tengah malam dan menghalaunya keluar dari rumah sewa pada ketika itu.

“Bayangkan apabila tuan rumah datang jam 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah memanggil saya pengemis. Kenapa cakap macam tu?

“Saya mesti lindungi keluarga saya, ibu mentua saya kena ‘stroke’ (angin ahmar) dah dua tahun. Kalau tengah malam datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang, jadi untuk lindungi diri saya ambil parang,” katanya.

Dedah Punca Sewa Rumah & Bil Elektrik Tertunggak

Pada masa yang sama, To’ki turut mendedahkan punca dia tidak membuat bayaran sewa rumah sejak Jun 2023.

Menurut To’ki, keadaan ekonomi yang tidak menentu serta perlu menjaga ibu mentua yang sakit menyukarkan dia untuk membuat bayaran sewa rumah.

“Setiap manusia ada jatuh dan bangun. Sebelum ini kan bayar, cuma dua bulan terakhir ini tak bayar sewa. Ini kerana saya perlu menjaga mentua dan termasuk keadaan ekonomi tidak menentu.

“Saya bukan tak nak bayar, cuma salahnya emosi. Bila (pemilik rumah) datang, bawa orang ramai, disebut pula pengemis. Kenapa orang itu bercakap seperti itu?

“Saya mesti melindungi keluarga saya. Mak mentua saya mengalami stroke dan kemudian isteri. Jadi kalau semalam datang nak halau saya, enam hingga lapan orang ni macam mana? Jam 4 pagi pun pernah telefon, mesej di WhatsApp ugut dan menghina, kalau To’ki lambat bayar, saya akan viralkan,” katanya.

Penyanyi itu juga menolak dakwaan bahawa bil elektrik mencecah hampir RM6,000. Namun, dia mengakui penggunaan penghawa dingin telah menyebabkan bil elektrik melambung tinggi.

Tawaran Kerja Kurang, Tidak Pernah Berhutang

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Hampa itu, bagi menampung kehidupan seharian, dia mengambil upah menyanyi di sebuah restoran, namun bayaran yang diperolehi tidak seberapa.

“Tawaran kerja kurang. Walaupun saya ni susah, tetapi saya tidak berhutang dengan orang, tak pernah mengemis depan orang. Saya kerja cari duit. Saya tak meminta atau mengemis,” ujarnya.

Jawab Dakwaan Isu Buang Sampah Merata-Rata

To’Ki sebelum ini turut dilaporkan gemar membuang sampah merata-rata dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan jiran.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hampa menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar. Sebaliknya dia berkata terdapat seorang jiran yang tidak suka dengan kehadiran dia dan keluarga sejak mula lagi.

“Saya tidak tahu apa masalah manusia ini. Ada seorang jiran ini, saya dah banyak kali cuba buat baik dengannya tapi dia masih tak suka saya.

“Mula-mula saya datang duduk lebih kurang seminggu. Bila dia cakap kalau tak sesuai duduk sini, boleh balik ke hutan. Tak apalah, saya abaikan saja,”

“Bukan nak kata saya sombong, saya pun manusia juga. Kita bukan anak orang kaya, kita cuma orang seni yang biasa,” katanya lagi.

MAIWP Mahu Bantu Cari Rumah Sewa

Tidak tertekan dengan isu yang melanda, To’Ki memanjatkan rasa syukur setelah isunya ini mendapat perhatian ramai pihak.

Menurut penyanyi itu, ekoran daripada isu ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersedia untuk membantu dia dan keluarga mendapatkan rumah sewa di samping turut menyelesaikan bayaran sewa rumah yang tertunggak.

“Ada hikmah walaupun dimalukan sebegini. Saya tahu kalau orang aniaya, Allah nak angkat darjat kita. MAIWP bantu saya nak carikan rumah,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Tuan Rumah Ajak Bincang Tapi Penyanyi Keluar Bawa Parang

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

6 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

7 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

8 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

9 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

11 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

11 hours ago