Semalam (18 Feb) nama penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menjadi perbualan peminat dunia hiburan apabila wajahnya tiada dalam video promosi Anugerah Juara Lagu (AJL38).
Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat walhal lagu duetnya bersama Wany Hasrita, Ku Cuma bakal dipertandingkan. Sehubungan itu, ada yang membuat kesimpulan bahawa beliau mungkin tidak akan menyertai anugerah berprestij itu.
Hari ini, 19 Februari, teka-teka peminat terjawab apabila penyanyi lagenda berkenaan mengesahkan pengunduran beliau daripada pertandingan berprestij tersebut.
Menurut Jamal, beliau terpaksa menarik diri kerana terikat dengan acara lain yang telah dipersetujui lebih awal justeru ianya tidak dapat ditolak.
Apa yang mengejutkan beliau juga mempunyai beberapa sebab lain yang menurutnya ‘lebih besar’ namun enggan didedahkan kepada khalayak ramai.
Syarikat rakaman, FMC dalam satu kenyataan media yang dikongsikan kepada BuzzKini kemudiannya mengesahkan penarikan diri Jamal.
Jelasnya keputusan itu dilakukan setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak penyayi lagenda itu, pihak produksi dan juga FMC sebagai wakil pencipta lagu.
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan. Sebelum itu beliau sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu.”
Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho
Tambah Ho lagi, hasil perbincangan bersama pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, mereka bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai penganti Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita.
Terbaharu, mStar melaporkan penyanyi lagenda itu berkata, dia memilih untuk menarik diri kerana tidak berpuas hati apabila peserta bertanding secara percuma walhal pihak produksi mengaut keuntungan dengan menjual tiket kepada penonton.
Tegasnya, beliau sebagai artis senior kurang senang dengan perkara tersebut apatah lagi syarikat produksi turut mendapat tajaan.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang jualan tiket dan membuat keputusan menarik diri kira-kira sebulan lalu.
“Saya juga sudah berbincang dengan syarikat penerbit lagu dan mereka juga seolah-olah tidak mahu keluarkan bayaran. Jadi saya rasa malas untuk berbincang lanjut dan lebih baik tarik diri.”
Tambah Jamal lagi, dia juga ada tawaran persembahan di Sabah yang sudah diatur justeru buat masa ini dia mahu melupakan terus tentang AJL38.
Beliau dalam masa sama berharap pihak produksi akan membuka mata tentang isu tersebut dan tidak mengambil mudah nasib artis baharu.
Jamal mendakwa, jika dia tidak berbuat demikian, situasi itu akan berlarutan dan nasib penyanyi baharu tidak akan terbela.
“Isu ini bukan soal duit semata-mata, saya ada pendapatan lain juga. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk memperjuangkan nasib artis muda. Kalau saya tak buat perkara ini akan terus berlarutan.
“Setidak-tidaknya keluarkanlah sedikit bayaran kerana produksi menjual tiket dan mereka terima tajaan berjuta ringgit. Artis baru mungkin tidak berani bersuara, jadi biar saya yang buat. Kalau produksi nak ‘ban’ saya pun tidak ada masalah. Bukan senang untuk penyanyi macam kami ini mahu cari rezeki,” ujarnya.
Sebagai info, sejak 2019, penganjur AJL tidak lagi menyediakan tiket percuma, sebaliknya ia perlu dibeli bagi mereka yang ingin menyaksikan acara itu.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…