Anugerah Lagu Indie (ALI 2023) hari ini (21 Feb) telah mengumumkan senarai penuh 15 finalis yang akan berentap di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 pada 7 Mac 2024.
Sewaktu Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix itu, ALI2023 memaklumkan 15 buah lagu yang terpilih ini akan bertanding mengikut kategori masing-masing iaitu Pop, Rock, dan Hip Hop – satu kelainan yang telah disuntik pada musim ini.
Antara lagu yang tersenarai adalah Pembunuh Malam (Lunar), Luka (Lily Jannah), Terra Luna (Crazy Grizzly), Gard O Gard (53 Universe) dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.
Selain penambahan kategori, ALI 2023 yang kini memasuki tahun keempat penganjuran turut menambah baik format penilaian dan pemarkahan pertandingan iaitu:
Juri profesional pula terdiri dari 7 penggiat muzik Indie terkenal seperti AG Coco, Juwita Suwito, Diandra Arjunaidi, Roshan Jamrock dan ramai lagi.
Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir berkata, pihaknya telah menerima penyertaan 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre bagi musim ini.
“Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.”
Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir
Mengulas mengenai pemilihan finalis, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson berkata, lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu.
“Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam sebanyak 30%.”
Bagi musim 2023 Anugerah Lagu Indie disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan media serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.
Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang berlangsung pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam boleh ditonton di laman YouTube Anugerah Lagu Indie.
Orang ramai boleh membuat undian di anugerahlaguindie.com.my atau tekan di sini.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…