“Sudah Banyak Peluang Diberikan”- Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz

Pada minggu lalu, industri hiburan tanah air menjadi kecoh apabila terdapat dakwaan penyanyi dan pelakon terkenal Alif Aziz seta aktres, Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh adik ipar Aliff Aziz iaitu Didi Astillah yang meminta semua pihak agar memberikan ruang kepada kakaknya, Bella Astillah dalam mengulas tentang isu tersebut.

Konflik melanda selebriti itu kemudiannya menjadi perhatian ramai kerana ini bukanlah kali pertama nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi seperti ini.

Bella Astillah nekad bercerai dengan Aliff Aziz

Terbaharu isteri kepada Aliff Aziz itu telah dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini (13 Mac) bagi sebutan kes penceraiannya bersama suami.

“Kali ini saya nekad untuk bercerai,” ujarnya yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai di mahkamah berkenaan pada 11 Mac lalu.

Jelas penyanyi berusia 30 tahun itu, dia nekad untuk bercerai setelah mengambil kira pelbagai perkara selain daripada insiden yang berlaku pada baru-baru ini membabitkan Aliff bersama pelakon wanita berkenaan.

Banyak peluang sudah diberikan, Bella harap Aliff beri kerjasama

Jelasnya, selepas beberapa peluang yang diberikan, penceraian merupakan jalan terakhir.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,’ ujarnya dipetik Harian Metro.

Harap dapat perbaiki diri masing-masing ke arah lebih baik

Malah, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut mengharapkan mereka dapat bercerai dengan baik dan memperbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik.

“Jumaat ini hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing. Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga,” jelasnya lagi.

Anak tak tahu tentang isu yang sedang berlaku

Bella turut memaklumkan kedua-dua anaknya tidak mengetahui tentang perkara yang sedang berlaku.

“Mereka tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon. Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita.

“Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat.

“Belum masanya untuk cerita pada anak-anak sebab anak kedua baru empat tahun, dia tidak faham situasi. Anak sulung pun saya tak nak beritahu sebab dia baru dua hari sekolah. Bella rapat dengan dia jadi dia tidak bertanya.”

Pelakon wanita itu dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 12.27 tengah hari sambil ditemani oleh ibu, Zarinah Astillah serta adik perempuannya, Didi Astillah. Namun Aliff tidak hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, pasangan ini telah berkahwin pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada tahun 2019 sebelum rujuk semula pada tahun sama ketika tempoh edah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

2 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

3 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

4 hours ago