Ini Senarai Negara Yang Paling Ganas Dalam Melaksanakan PKP

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan sudah memasuki fasa kedua bersamaan dengan hari ke-15.

Namun sepanjang Pelaksanaan PKP ini belum lagi terdengar berita rakyat negara kita diapa-apakan oleh pasukan keselamatan melainkan beberapa khabar angin yang sudahpun disahkan palsu.

Pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada anggota polis (PDRM), tentera (ATM) , angkatan perkhidmatan awam (APM) dan RELA dilihat masih mengambil pendekatan lembut(carrot) dalam mengawal keadaan semasa, terima kasih kepada majoriti rakyat Malaysia yang dilihat semakin mematuhi arahan menyebabkan petugas frontliner ini tidak perlu melakukan sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak gemari.

Namun situasi ini berbeza di beberapa negara di mana pasukan keselamatan mereka sudah menggunakan pendekatan yang keras selepas arahan yang dikenakan dilihat masih tidak dipatuhi .

Dibawah kami kongsikan beberapa negara yang paling ‘ganas’ dalam melaksanakan kawalan demi memutuskan rantaian Covid-19 di negara mereka :

#1 Afrika Selatan

Walaupun baru sahaja melaksanakan kawalan pergerakan di Afrika Selatan. Dunia sudahpun dihidangkan dengan visual-visual ganas yang dilakukan pasukan tentera dinegara ini .

Pasukan tentera (SANDF) dalam memastikan rakyat mereka patuh pada arahan berkurung yang dikenakan telah menggunakan pelbagai cara antaranya penggunaan meriam air dan peluru getah.

#2 France

Negara yang pada mulanya menggunakan pendekatan lembut dengan menyarankan orang ramai agar tinggal dirumah berubah menggunakan kekerasan selepas rakyat mereka mengingkari perintah yang dilaksanakan

Bar-bar sentiasa dikunjungi malah restoran turut penuh sewaktu di awal pelaksanaan perintah kawalan.

Merasakan perlu berbuat sesuata kerajaan Perancis kemudiannya memerkenalkan sistem kebenaran untuk keluar rumah menggunakan dokumen yang dinamakan attestation de replacement derogatoire

Kegagalanan mempamerkan dokumen berbentuk pas sewaktu keluar akan menyebabkan mereka didenda, dan lebih parah ianya perlu diperbaharui setiap hari.

Kegagalan menunjukkan pas menyebabkan ada yang dikasari oleh pasukan keselamatan, namun netizen di sana mendakwa polis Perancis ketika ini mengambil kesempatan atas ‘lesen’ yang mereka ada dengan mensasarkan penduduk minoriti di sana.

#3 Kenya

Foto : AFP

Baru sahaja melaksanakan kawalan pergerakan, sudah timbul beberapa kes keganasan di negara di Afrika Timur ini disebabkan kegagalan rakyat mereka mematuhi arahan berkenaan.

Baru-baru viral di media sosial video pasukan keselamatan mereka menyerang penumpang yang sedang menunggu feri untuk pulang ke rumah dengan gas pemedih mata. Yang memeranjatkan tindakan itu diambil sedangkan kawalan pergerakan belum pun dimulakan.

#4 India

Foto : ABCNews

Buat kaki internet pasti anda ada terlihat video-video viral yang dikongsikan menerusi sosial media dan juga aplikasi perbualan seperti Whatsapp yang memperlihatkan polis-polis di India menggunakan kekerasan dalam mengawal pergerakan rakyat mereka.

Boleh dikatakan pasukan keselamatan India antara yang paling tegas dalam menjalankan tanggungjawab ini. Namun disebalik semua itu, ada juga beberapa kerat penguatkuasa yang mengambil kesempatan atas keadaan ini untuk memeras ugut rakyat mereka.

Antaranya kes pemandu van yang membawa kentang di Bihar yang ditembak ditembak di kaki kerana enggan membayar wang ‘tol’ kepada 3 orang polis

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

16 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

19 hours ago