Hanya Boleh Keluar Dalam Radius 10 KM

Orang ramai sepanjang tempoh kawalan pergerakan fasa 2 hanya dibenarkan bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing , walaupun hanya bertujuan untuk membeli makanan atau ubat.

Perkara itu dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurut akta itu lagi, individu yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke lokasi yang paling dekat dengan kediaman mereka bari dari membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.

Selain dari itu, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain atau dalam bahasa mudahnya lebih dari seorang kecuali dengan alasan munasabah

Sekiranya mereka perlu bergerak untuk satu tugasan rasmi (bekerja) peraturan tersebut menyatakan mereka erlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai yang diberi kuasa (pasukan keselamatan)

Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

Bagi keperluan pergerakan membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

Selain dari itu, tiada seorang pun rakyat sepanjang kawalan pergerakan dilaksanakan boleh berhimpun atau terlibat dalam perhimpunan di dalam mana-mana premis sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan, namun dibenarkan untuk upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan yang minimum.

Mereka melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago