PKPB Kembali Dilaksana Di Banyak Negeri, Ini SOP Sebenar Yang Patut Anda Tahu
Jika sebelum ini hanya negeri Sabah, WP Labuan dan Lembah Kelang yang dikenakan PKPB. Namun bermula hari ini kebanyakan negeri kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis sekali lagi akan turut melaksanakan PKPB sehingga 4 minggu.
Ini menjadikan kesemua negeri di atas akan menjalani PKPB sehingga 6 Disember 2020, semuanya dilakukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin mengganas dan dilihat agak membimbangkan
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya, terutama mereka yang kembali mengharungi PKPB, apakah SOP masih sama seperti atau pun tidak. Bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan SOP terbaru yang perlu dipatuhi yang telah dikeluarkan MKN
Anda diingatkan bahawa :
Hanya dua orang dibenarkan untuk keluar sebagai wakil daripada satu isi rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan asas harian
Mana-mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan untuk pulang ke kawasan tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
Perkhidmatan awam seperti bas henti, bas ekspress, LRT/RT/ERL/Monorel dan teksi/eh-hailing dibenarkan beroperasi.
Teksi/E-hailing/penghantaran makanan hanya dua orang penumpag saja. Waktu operasi 6 pagi hingga 12 pagi.
Perjalanan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan
Waktu Perniagaan
Perniagaan dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
Bagaimanapun, ada beberapa pengecualian, seperti berikut:
Pasar pagi: 6 pagi hingga 2 petang
Pasar borong: 4 pagi hingga 2 petang
Pasar tani: 6 pagi hingga 12 tengah hari
Pasar malam: 4 petang hingga 10 malam
Stesen minyak: 6 pagi hingga 10 malam (Stesen minyak di sepanjang lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
Farmasi: 8 pagi hingga 11 malam.
Senarai aktiviti tidak dibenarkan
Penganjuran majlis keramaian
Majlis perkahwinan dan pertunangan
Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta
Sambutan ulang tahun atau hari kelahiran
Kenduri kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan reunion.
Semua seminar, bengkel, persidangan, latihan.
Aktiviti konsert/acara langsung dengan kehadiran penonton
Aktiviti kelab malam, pub, taman tema, indoor playground, panggung wayang.
Sukan
Aktiviti sukan seperti kolam renang, bersentuhan fizikal atau sukan tempur.
Penganjuran kejohanan
Berkelah
Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton.
Pendidikan
Sektor pendidikan seperti institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta, Institut Latihan Perindustrian (ILP), sekolah, tadika, Pusat Tahfiz, Pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah pondok ditutup.
Pengecualian: Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Mesyuarat bersemukaa agenssii kerajaan dan swasta melibatkan kahdiran wakil agensi luar tidak dibenarkan dan dilaksanakan secara sidang video sahaja.
Pengecualian: Mesyuarat secara bersemuka melibatkan espatriat C Suite dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup mata.
Mesyuarat dalaman arahan JPA dan garis panduan MITI
Aktiviti Pelancongan
Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan.
Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan dalam negeri melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana dinyatakan oleh Menteri.
Surat kebenaran polis
Bagi pergerakan melalui kawasan PKPB
Kes kecemasan atau kemalangan tidak perlu
Temu janji perubatan : hanya surat/kad temujanji
Perlu diingatkan jika anda melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.