Kamagasaki, Bandar ‘Gelap’ & Termiskin Di Jepun Yang Tidak Wujud Dalam Peta

Sebut sahaja Jepun, apa yang berada didalam gambaran kita pastinya sebuah negara maju dengan penduduk yang berdisiplin.

Sering menjadi negara contoh untuk banyak negara lainnya baik di Asia hinggalah ke Eropah, rakyat Jepun juga selalu dipuji kerana mereka begitu mementingkan aspek kebersihan di kalangan mereka.

Namun hakikatnya tiada yang sempurna. Tahukah anda disebalik ‘keagungan’ kota-kota di Jepun, terdapat sebuah bandar di Osaka, Jepun yang tidak dimasukkan dalam peta rasmi mereka.

Bandar yang kami maksudkan ialah bandar Kamagasaki. Kenapa ianya terjadi ??

Menurut Kompas, disebabkan kemiskinan melampau di kawasan tersebut, pemimpin Osaka dipercayai enggan masyarakat dunia tahu mengenai kewujudan bandar tersebut.

Lebih mengejutkan penduduk di Kamagasaki juga agak berbeza berbanding penduduk di Osaka dan bandar-bandar lainnya.

Ramai dari mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal dan hidup di jalanan, malah begitu sukar menjana pendapatan sedangkan terdapat banyak peluang pekerjaan di negara matahari tersebut itu.

Diringkaskan , mereka tidak tahu bagaimana nasib mereka setiap hari, adakah mereka bakal meraih wang untuk terus hidup, atau mereka juga terpaksa beratur untuk mendapatkan makanan di dapur umum.

Cara mereka mendapatkan kerja gaji hari juga unik, mereka terpaksa beratur disebuah bangunan yang bernama Airin Labor Center setiap hari untuk mendapatkan pekerjaan. Jika nasib mereka baik, pasti ada majikan yang akan mengambil mereka di sana.

Ratusan beratur di Airin Labor Center bagi mendapatkan pekerjaan setiap hari Foto : Medium.com
Ratusan beratur di Airin Labor Center bagi mendapatkan pekerjaan setiap hari Foto : Medium.com

Isu pengangkutan juga bukan penghalang memandangkan terdapat beberapa kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api yang disediakan untuk ke Kamagasaki dalam masa yang singkat.

Keadaan di sekeliling Kamagasaki juga begitu daif. Anda boleh melihat terdapat puluhan gelandangan yang tidur secara berkumpulan kerana kehilangan tempatan tinggal dan pekerjaan.

Nama ditukar kepada Airin-chiku

Namun nama Kamagasaki sebenarnya sudahpun tidak digunakan sejak tahun 1961 dahulu. Kerajaan Jepun pada tahun itu telah menukar nama Kamagasaki kepada Airin-chiku sebagai usaha mereka menghilangkan ‘sisi gelap’ bandar tersebut.

Namun usaha tersebut tidak mendatangkan hasil sebaliknya bandar tersebut masih kekal sama sehingga ke hari ini.

Namun satu yang bagus mengenai penduduk di sana, meskipun hidup mereka susah dengan ramai dari mereka berstatus gelandangan, nilai persahabatan dan kerjasama diantara mereka begitu tinggi.

Malah penduduk di bandar yang dipenuhi lelaki dan golongan berumur itu sentiasa dilihat bersama-sama melalui kehidupan yang getir.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

9 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

10 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

10 hours ago