Pejabat Mufti WP Perjelas Dakwaan Baju Pada Ampaian Diludah Jin Jika Dibiarkan Waktu Maghrib

Perasan tak setiap kali nak masuk waktu Maghrib, mesti mak korang akan suruh angkat pakaian di ampaian kan? Katanya nanti jin meludah pada baju kalau dibiarkan pada waktu senja.

Kalau ditanya sama ada betul atau tidak, katanya nasihat itu sudah lama diamalkan sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Tapi kalau dari segi agama, betul ke?

Betul Ke Jin Ludah Pada Pakaian Jika Baju Di Ampaian Dibiarkan Pada Waktu Senja?

Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima persoalan dari orang ramai mengenai perkara ini iaitu sama ada tindakan membiarkan pakaian bersidai pada waktu senja boleh mengundang ludah daripada jin.

Menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara ini tidak dijumpai dalam mana-mana nas syarak yang menyebut tentang ludah jin pada pakaian jika dibiarkan pada ampaian ketika waktu Maghrib.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, hal ini boleh dikategorikan sebagai pantang larang orang tua dalam masyarakat Melayu dengan tujuan untuk mendidik anak muda agar tidak keluar rumah pada waktu senja.

Ini kerana waktu senja merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran.

Perkara ini berdasarkan satu hadis iaitu Jabir RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya:Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah SWT kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, Imam Ibn ʻAbd al-Barr yang merujuk kepada hadis ini juga menyatakan bahawa ia adalah perkara sunnah jika seseorang itu menutup pintu pada waktu malam terutamanya ketika senja.

Ini kerana ia bertindak sebagai perlindungan daripada terkena kecelakaan jin dalam kalangan manusia.


Kesimpulan

Secara kesimpulannya, tiada hadis yang secara jelas menyatakan tentang ludah jin pada pakaian yang ditinggalkan di ampaian ketika waktu Maghrib.

Dari segi rasionalnya, waktu senja merupakan waktu jin banyak berkeliaran di merata tempat dan manusia dinasihati oleh golongan orang tua sejak zaman dahulu untuk berada di dalam rumah agar tidak terkena sampuk.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

5 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

6 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

6 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

8 hours ago