Di musim penularan Covid-19 yang sedang mengganas di negara kita, pasti pasukan unit perubatan lah yang dilihat paling bertungkus-lumus dalam mengawal penularan virus maut ini.
Malah difahamkan mereka kini mengalami sedikit kekurangan kakitangan ekoran ada di antara mereka yang sudah dijangkiti virus maut tersebut seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang Jumaat.
Melihat usaha tanpa henti dan pengorbanan pasukan petugas perubatan ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan berbentuk makanan KFC buat mereka.
Menerusi Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew memuat naik klip video yang memperlihatkan dia sedang membeli makanan dari rangkaian restoran makanan segera tersebut dan momen dia mengedarkannya kepada petugas di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu ,pada hari khamis pendakwah terkenal itu turut menyumbangkan beberapa aircond portable buat para petugas di Hospital Ampang di samping memberi kata semangat buat mereka di sana
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.