“Kita Semua Adalah Keluarga” -Ustaz Ebit Lew Santuni Warga Emas Berketurunan Cina Buat Netizen Sebak

Sebut sahaja nama Ebit Lew, pasti semua orang kenal bukan? Beliau antara pendakwah yang begitu rajin menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak tanpa mengira kerakyatan, agama dan bangsa.

Malah Ustaz Ebit Lewa atau nama betulnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Paudilihat begitu kuat bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghulurkan sumbangan bukan sahaja buat para petugas barisan hadapan malahan golongan rakyat yang memerlukan .

Namun baru-baru ini kisah nya menjadi perhatian banyak portal tempatan apabila beliau turun menyantuni warga emas berketurunan cina di sebuah kawasan berdekatan ibu kota.

Dalam masa beberapa hari sahaja, perkongsian beliau di Facebook telah mendapat 427,000 tanda suka dan 131,000 perkongsian semula

“Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur.

“Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.

Yang mengejutkannya adalah kebanyakan mereka tinggal bersendirian malahan ada mereka disana yang tiada bekalan air sebaliknya bergantung pada sumber air dari perigi.

“Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati.

“Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.

“Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas usaha pendakwah itu yang berterusan membantu orang ramai tanpa mengira latar belakang mereka.

Yang menariknya juga perkara sebegini turut menyatukan seluruh rakyat Malaysia dimana kebanyakannya meluahkan perasaan bersyukur lahir di negara yang majmuk dan berbilang bangsa ini.

Buat anda yang ingin menghulurkan sumbangan orang ramai menerusi pendakwah muda ini, anda boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (CIMB: 8603546376 ) yang ditulis pada penghujung postnya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago