Datang Dengan Baju Koyak, Pakcik Mualaf Gembira Ustazah Asma’ Bagi Hadiah Baju Baru

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang hadir dengan penuh keberkatan. Ramai umat Islam yang mengambil kesempatan untuk melakukan amal jariah dan hal-hal yang memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain sebagai bekalan di akhirat.

Kebiasaannya kebaikan yang dilakukan bermula dengan pertemuan dengan seseorang di suatu tempat sama ada seperti di masjid, tempat kerja dan sebagainya.

Jumpa seorang mualaf

Menerusi sebuah perkongsian Ustazah Asma’ Harun semalam, dia telah berjumpa dengan seorang mualaf yang sangat disenangi dan selalu menceriakan suasana.

Mikhail Fan Bin Abdullah, mualaf bangsa cina yang dikenalinya kerana selalu hadir di tempatnya untuk belajar Al-Quran, fardhu ain, berbuka puasa bersama dan solat jemaah tarawih.

Melalui penulisannya di posting itu, pakcik itu telah datang seperti biasa pada hari kejadian, semalam dengan berbaju Melayu merah jambu yang telah koyak dan berlubang-lubang kecil.

Foto: FB Ustazah Asma’ Harun

Katanya baju itu sering kali dipakai sejak tiga tahun lalu dan merupakan kegemarannya.

“Ini baju yang saya ada dan sangat suka, sudah 3 tahun lebih selalu pakai jadi ini macam laaa.”

Ustazah Asma’ bagi baju baru

Ustazah itu kemudian telah membawanya ke butik pakaian milik mereka untuk memberikan beberapa pasang baju yang baru kepada mualaf berusia 63 tahun itu.

Foto: FB Ustazah Asma’ Harun

Ujar Ustazah Asma’, hampir setiap hari butik itu akan memberi hadiah serupa kepada asnaf yang hadir ke situ. Dia juga sering kali terjumpa asnaf yang memakai baju lusuh dan rosak.

Jadi dengan adanya butik pakaiannya sendiri, dia berasa sangat bersyukur kerana hajatnya termakbul untuk memberi dan membantu golongan asnaf mendapatkan pakaian yang baru.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

7 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago