Gara-Gara Main Snapchat Dalam Kokpit, Juruterbang Digantung Tugas

juruterbang pesawat tambang murah dikenakan tindakan gantung tugas selepas merakam diri mereka bermain aplikasi Snapchat ketika penerbangan dari Paris ke Madrid, Rabu lalu.

Rakaman menunjukkan dua juruterbang syarikat Easyjet menari di tempat duduk masing-masing bersama watak kartun menerusi aplikasi tersebut.

Laporan akhbar The Sun mengatakan, rakaman dimuat naik Kapten Michel Castelucci di media sosial.

Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kedua-duanya digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kami memandang serius perkara ini dengan menggantung tugas juruterbang berkenaan (mengikut prosedur) sementara menunggu siasatan disiplin,” katanya.

Kelakuan mereka itu telah mengundang kemarahan penumpang.

Penumpang yang marah memanggil mereka tidak bertanggungjawab dan tindakan itu juga dilihat berbahaya dan tidak profesional.

Castellucci, yang kerap ditugaskan untuk penerbangan ke dan dari London, berkongsi rakaman-rakaman tersebut di media sosial dengan kapsyen: “Pegawai pertama yang menari semasa terbang sedang buat kerja kertas.

“Dalam video lain yang dikongsi oleh kapten itu, juga semasa penerbangan Paris ke Madrid, seekor burung hantu diletakkan dekat dengan pembantu juruterbang.

Sumber : The Sun

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago