2 Juta Tontonan Di YouTube Pengubat Kesedihan Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu menerima sambutan hangat pendengar.

Sufian, 26, berkata, dia sendiri tidak menyangka lagu tersebut mencapai jumlah tontonan dua juta kali tonton di laman YouTube dalam masa sehari dimuat naik.

“Alhamdulillah, syukur apabila muzik video lagu tersebut menerima sambutan penonton di laman YouTube dan mencapai jumlah satu juta tontonan kurang 24 jam dan mencecah dua juta dalam masa sehari.

“Perasaan ketika ini susah untuk digambarkan, gembira dan dalam masa sama berterima kasih kepada semua.

“Saya harap semua orang sukakan lagu Di Matamu dan terus memberi sokongan terhadap lagu-lagu saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, Sufian tidak menolak kemungkinan isu putus tunang dengan pelakon Elfira Loy turut memberi impak positif terhadap lagu tersebut.

Bagaimanapun, dia sekali lagi ingin menegaskan lagu tersebut tiada kaitan dengan kisah perhubungan mereka itu.

“Saya tak tolak kemungkinan isu lalu membuatkan lagu ini menjadi hit dalam masa yang cepat dan pendengar yang berasakan ia ada kaitan dengan kisah hidup saya.

“Namun, saya nak tegaskan ia tak ada kena mengena dengan apa yang telah berlaku kerana lirik lagu tersebut sudah dicipta sejak tahun lalu lagi dan memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

Jadi, lagu ini bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut,” katanya.

Sebelum ini, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat.

Video muzik Di Matamu yang dilancarkan pada tarikh sepatutnya mereka bernikah iaitu pada Jumaat lalu kini menjadi trending di laman YouTube.

Sehingga sekarang, jumlah tontonan lagu itu sudah mencecah lebih 2.4 juta tontonan.

Sumber : Mstar

 

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

23 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

24 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago