Jumlah Hutang Negara Kita Hampir RM 1 Trilion

Nilai hutang negara kini sudah mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewangan negara kini sudah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ketika di bawah pentadbirannya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion berbanding RM1 trilion buat masa ini.

“Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.

“Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, hari ini.

Katanya, perpisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Tun Dr Mahathir berkata, sebenarnya Malaysia adalah negara yang mampu menghadapi apa-apa cabaran jika berpegang pada prinsip berasaskan sistem pentadbiran demokrasi.

Menurutnya, jika berpegang pada prinsip berkenaan, Malaysia boleh lawan seluruh dunia dan ia berjaya dibuktikan apabila sistem matawang negara diserang suatu ketika dahulu.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

6 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

9 hours ago