Radiohead Akan Dibawa Ke Malaysia?

Selepas kemenangan Pakatan Harapan menakluk Putrajaya pada 9 Mei yang lepas selain nama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijulang sebagai ikon anak muda, nama YB Nurul Izzah turut meniti di bibir netizen.

Semalam trending di Twitter mengenai salah satu keratan majalah pada tahun 2013 yang memetik kata-kata beliau mengenai minatnya terhadap salah satu band rock, Radiohead.

Keratan majalah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AlepWilcox yang menuntut untuk YB Nurul Izzah membawakan band tersebut ke Malaysia.

Tweet tersebut menjadi viral dan mendapat lebih 3,000 retweet sehingga turut mendapat perhatian daripada YB Nurul Izzah yang turut membalas Tweet tersebut.

Menurut balasan Tweet tersebut yang disertakan dengan #PostRamadanDiscussion ramai netizen menyambut baik Tweet tersebut dan berharap agar janji tersebut dikotakan.

Mungkinkah Radiohead akan datang ke Malaysia sekitar hujung tahun nanti? Sama-sama kita saksikan. Berikut kami sertakan sekali salah satu lagu Radiohead yang evergreen sehingga kini.

 

Sumber : The Vocket. Twitter

Recent Posts

  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

11 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

22 hours ago