Seorang bayi perempuan dijumpai selamat selepas tujuh jam ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di Brazil, kata pendakwa raya semalam, susulan operasi menyelamatkannya.
Jururawat menghubungi pihak berkuasa selepas mengetahui bayi itu ditanam sejurus selepas kelahirannya Selasa lalu di Taman Negara Xingu di negeri Mato Grosso, yang dihuni ramai penduduk pribumi Brazil.
Polis menyiarkan video menunjukkan pegawai mengorek pasir keluar dari lubang cetek pada waktu malam, kemudian menarik bayi yang masih bogel, dengan tali pusatnya masih ada.
Moyang bayi itu, anggota puak Kamaruya, ditahan, kata pendakwa Paulo Roberto do Prado.
“Kami menyiasat sama ada ini adalah cubaan membunuh bayi atau dia menyangka bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
“Walaupun ditanam semalam tujuh jam, maklumat yang kami peroleh bayi itu sihat,” katanya.
Bayi berkenaan dibawa ke Cuiaba, ibu negeri Mato Grosso, kelmarin dan diletakkan dalam unit rawatan rapi neonatal.
Keluarganya memberitahu polis bayi berkenaan jatuh selepas dilahirkan dalam bilik air.
Namun polis mengesyaki mereka cuba menyembunyikan perkara sebenar.
“Disebabkan bapanya enggan mengaku bayi itu anaknya dan ibu pula baru berusia 15 tahun, mereka disyaki cuba membunuh bayi itu,” kata polis. – AFP
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…