Eyka Farhana Muat Naik Foto di Kelab Malam?

Pelakon Eyka Farhana menafikan bahawa dia berhibur ke kelab malam pada bulan Ramadan selepas memuat naik sebuah foto beberapa hari lalu.

Sebaliknya, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, foto tersebut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Banteras.

“Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.

“Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Polis Evo ini berkata demikian selepas foto yang dimuat naik di Instagram miliknya menerima kecaman netizen apabila disangka berkunjung ke kelab malam.

Bagaimanapun, Eyka berkata, mungkin dia tidak meletakkan penjelasan pada kapsyen berkenaan membuatkan pengikut laman sosialnya tersalah anggap.

“Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan netizen salah tafsir,” ujarnya.

Sementara itu Eyka berkata, dia bersyukur dapat berlakon bersama aktor idolanya Khir Rahman dalam drama berkenaan yang bakal ditayangkan di Astro Ria.

“Seronok dapat berlakon Khir Rahman kerana dia banyak beri tunjuk ajar dan selama ini pun saya memang minat melihat lakonannya yang bersahaja,” ujarnya.

Sumber : Mstar 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago