Dua Abang Ratah Adik Kandung

Seorang gadis berusia 17 tahun dipercayai dirogol oleh dua abangnya di Papar, namun selepas mangsa memberitahu ibunya, tiada tindakan diambil.

Mangsa kemudiannya memberitahu kakaknya mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu lalu.

Kakak mangsa membantunya membuat laporan polis sehingga dua suspek terbabit ditangkap.

Ketua polis Papar, Deputi Supritendan Ladamah Sulaiman berkata, dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dipercayai mabuk ketika kejadian itu berlaku di ruang tamu rumah keluarga tersebut.

“Menurut mangsa, dia tidur di ruang tamu ketika abang-abangnya merogolnya,” kata beliau ketika sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata, salah seorang abangnya menutup mulut mangsa untuk mengelakkannya daripada membuat bunyi bising, sementara seorang lagi mengambil gunting untuk memotong pakaian dalamnya sebelum merogol mangsa.

Ladamah berkata, semua anggota keluarga yang lain sedang tidur di bilik mereka pada masa itu.

Tambah beliau, ia bukan kali pertama abang-abang mangsa menyerangnya secara seksual di mana mereka telah merogol dan mencabul mangsa dua kali iaitu ketika berusia 12 tahun.

“Mangsa turut memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut, tetapi ibunya tidak mengambil serius dengan kata-katanya,” katanya Ladamah.

Susulan laporan itu, satu pasukan polis telah pergi ke rumah mangsa dan merampas sepasang gunting dan beberapa pakaian mangsa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sumber :  Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

18 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

20 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

22 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

23 hours ago