Detik Kemalangan Kereta di Pekan Dapat Dirakam

Seorang warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di sini, semalam.

Kemalangan tersebut dapat dirakam daripada ‘dashboard cam’ dari dalam kereta pemandu yang berada di belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, Ismail Abas, 72 tahun, yang memandu kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada.

Anaknya, Siti Zuraidah, 31 tahun, yang mengalami pendarahan dalaman, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Lembing selepas pergi ke rumah seorang menantunya di Rompin.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Perodua Myvi telah hilang kawalan selepas melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang tidak dapat mengelak ekoran jarak yang terlalu hampir,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Amran berkata pemandu kereta Nissan Sentra, Mansor Ibrahim, 57, yang juga pembantu makmal sekolah di Kuantan, juga dihantar ke HTAA kerana patah paha dan cedera pada tumit kaki kanan, manakala mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

12 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago