Bayi Ditinggal Dalam Mangkuk Tandas

Bayi lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di stesen minyak Hentian Rewat dan Rawat Arah Utara dekat Rawang, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan ditemui oleh penyelia pembersihan di dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja pembersihan.

Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri yang dibungkus dengan kain batik.

“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.

Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.

“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago