Malaysia Harus Tahu Sisi Hijau Marijuana

Apakah perkara pertama yang difikirkan jika anda mendengar perkataan marijuana? Hukuman gantung sampai mati atau ketagihan, mungkin perkara utama terlintas di fikiran masyarakat mengenai marijuana.

Marijuana juga dikenali sebagai ganja atau kanabis. Dorongan kepada pemikiran masyarakat ini mempunyai sebab yang jelas.

Penyalahgunaan marijuana menjadi punca kepada ketagihan, pelbagai aktiviti jenayah, kemusnahan nilai hidup dan menjadi ancaman dan kerugian besar kepada negara. Malaysia antara negara yang mengharamkan penggunaan atau pemilikannya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil kajian saintifik turut membuktikan kemusnahan terhadap manusia berlaku akibat penyalahgunaan marijuana. Selain penyakit ketagihan dan kemusnahan institusi keluarga, penyalahgunaan marijuana menyebabkan kelahiran bayi pramatang, pencapaian neuro kognitif yang lemah, penurunan IQ, masalah kesihatan mental, penyakit kanser dan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan.

Perdebatan mengenai undang-undang marijuana sentiasa berlaku di negara yang membenarkan penggunaannya, terutama untuk rekreasi dan perubatan. Antara negara yang membenarkan perubatan marijuana adalah Kanada, Australia, beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), beberapa negara Eropah, Korea Utara dan beberapa negara Amerika Selatan.

Colorado adalah antara negeri yang melaksanakan perubatan marijuana di AS. Sehingga kini, antara keadaan dibenarkan untuk penggunaan perubatan marijuana adalah kanser, sakit kronik, masalah sistem saraf kronik, cachexia, sawan, glaucoma, HIV/AIDS, dan sklerosis.

Marijuana perlu dikawal

Oleh itu, adalah amat penting untuk penyelidik mendapatkan formula terbaik bagi membunuh sel kanser. Kumpulan penyelidik biokimia perubatan marijuana UNC giat menjalankan pelbagai ujian bagi tujuan itu. Hasil kajian ini mampu mengubah persepsi baharu kepada masyarakat terhadap peranan sebenar marijuana. Namun, masyarakat perlu dididik bahawa, penggunaan perubatan marijuana perlu dikawal oleh badan tertentu kerana kaedah perubatan terhasil dari kajian dos, kaedah ekstrak dan perlu dibuktikan selamat melalui kajian makmal.

Di AS, pengguna perubatan marijuana meningkat dari 2,000 dan sehingga 1 Mac 2016, pengguna perubatan marijuana mencecah purata lapan peratus bagi setiap 1,000 penduduknya. Secara umum, antara penyakit yang dirawat melalui perubatan marijuana di AS adalah AIDS (HIV), kesan penyakit AIDS, penyakit Alzheimer, arthritis, penyakit pernafasan, kanser, penyakit crohn, sawan, glaucoma, Hepatitis C, migraine, sklerosis, kekejangan otot, masalah psikologi dan sindrom Tourette.

Laporan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2014 bagi penyakit tidak berjangkit di Malaysia mendapati empat penyakit utama adalah penyakit kanser, diabetis, penyakit kardiovaskular dan penyakit respirasi kronik. WHO mendapati, 20 peratus kebarangkalian kematian berlaku pada pesakit berumur antara 30 hingga 70 tahun bagi semua penyakit itu. Kematian akibat penyakit kanser adalah 15 peratus daripada keseluruhan penyakit tidak berjangkit.

Akibat penyakit kanser sahaja meningkatkan kos perbelanjaan sara hidup pesakit dan keluarga, kos rawatan, kos rawatan susulan dan kos subsidi yang ditanggung kerajaan.

Bagi mengurangkan beban kerajaan dan rakyat Malaysia, pakar penyelidik Malaysia berusaha dengan giat untuk menghasilkan ubatan tempatan dan kaedah rawatan lebih murah dan berkesan berbanding penggunaan ubatan import. Tidak mustahil, suatu hari nanti Kerajaan Malaysia akan meluluskan penggunaan perubatan marijuana bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia agar dapat berfungsi dengan produktif.

Kaji sisi hijau marijuana

Malaysia seharusnya mula berbincang dan merancang dengan teliti bagi membenarkan penggunaan perubatan marijuana. Bukan setakat penyakit kanser, malah ada pelbagai penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah ini. Harapan yang positif, agar pihak Malaysia mempertimbangkan perubatan marijuana dilaksanakan untuk rakyat Malaysia. Sekiranya ini berlaku, ramai pakar perubatan dan pakar penyelidik Malaysia mampu memberikan rawatan perubatan marijuana tanpa bergantung kepada ubatan marijuana yang diimport dari negara lain.

Sebagai permulaan, Malaysia boleh melihat pelaksanaan perubatan marijuana yang dilaksanakan di Australia. Apakah perkara pertama difikirkan jika anda mendengar perkataan Marijuana? “Tumbuhan ubatan yang digunakan merawat penyakit kanser, sakit kronik, masalah sistem saraf kronik, cachexia, sawan, glaucoma, HIV/AIDS, sklerosis dan pelbagai penyakit lain di Malaysia”.

Jawapan dari sisi hijau ini diharap dapat diberikan oleh rakyat Malaysia suatu hari nanti apabila ditanya mengenai marijuana. Segala-galanya bermula dengan pendidikan, penyelidikan dan sokongan penuh kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia bagi merealisasikan ‘Sisi Hijau Marijuana’.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago