Tidak Benar Bahasa Mandarin Ganti Bahasa Melayu – Lim

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan kenyataan media rasminya di bawah Kementerian Kewangan sememangnya dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Adalah tidak benar dakwaan bahawa bahasa Mandarin telah menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan dan ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan. “Kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris ataupun sekali-sekala dalam bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Mandarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya sebagai kesilapan kecil yang tidak perlu dibesar-besarkan.

Beliau berkata, kesilapan seperti itu adalah perkara biasa kerana tiada siapa yang tidak pernah membuat kesilapan.

“Ia hanya satu kesilapan kecil, semua manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.
“Namun saya fikir, ia patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak berbangsa Cina,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Mahathir mengulas mengenai isu penggunaan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi oleh Guan Eng yang hangat diperkatakan hari ini.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago