Akaun ‘Tabung Najib’ Dibekukan

Akaun bank Umno Bahagian Pekan yang diwujudkan untuk mengumpul dana bagi membayar ikat jamin Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan.

Laman Facebook “Pejabat YAB Ahli Parlimen Pekan” memuatr naik status mengenai akaun itu, untuk membuat kutipan bagi membantu kos guaman dan ikat jamin bekas perdana menteri itu telah dibekukan.

“Transaksi tidak dapat dilakukan. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang secara tunai boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah,” menurut status itu.

Sementara itu, Malay Mail memetik Ketua Wanita Umno Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman sebagai berkata akaun tersebut disedari beku pukul 7 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan dalam Twitternya menulis, akaun sumbangan Belia Berkhidmat untuk Tabung Solidariti Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin nanti.

Setakat pukul 5 petang Jumaat, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar baki wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini.

Sumber :  Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago