Pembantu Juruterbang Hisap Vape Dalam Kokpit! Akibatnya…

Penumpang Air China berdepan detik cemas apabila pesawat tersebut tiba-tiba ‘terjatuh’ 10,000 kaki gara-gara asap vape.

Insiden membabitkan pesawat Boeing 737 itu berlaku selepas pembantu juruterbang dipercayai menggunakan rokok elektronik tersebut di dalam kokpit.

Dalam kejadian itu, topeng oksigen turut terkeluar secara automatik sebelum pesawat naik semula untuk meneruskan destinasi penerbangan.

Secara umumnya, Air China mempunyai rekod keselamatan yang baik tetapi ada penumpang mendakwa juruterbang merokok di dalam kokpit.

Siasatan awal mendapati pembantu juruterbang didapati menggunakan vape, lapor China News sambil memetik kenyataan sidang akhbar oleh Pentadbiran Penerbangan Awan China (CAAC) yang menyiasat insiden pada Selasa lalu.

“Asap meresap ke dalam kabin penumpang dan komponen penghawa dingin dimatikan secara tiba-tiba tanpa memaklumkan kepada kapten menyebabkan kekurangan oksigen,” katanya.

China News melaporkan pembantu juruterbang itu turut mematikan unit penyaman udara berkenaan.

Pegawai CAAC, Qiao Yibin berkata penutupan penyaman udara mencetuskan penggera menyebabkan anak kapal melakukan prosedur bantuan kecemasan yang kemudiannya mengeluarkan topeng oksigen kabin.

Katanya, anak kapal menyedari masalah itu selepas penyaman udara dihidupkan dan membolehkan tekanan udara di dalam kabin kembali normal.

Air China dalam satu kenyataan di Weibo pada Rabu berkata mereka tidak akan bertoleransi terhadap sebarang salah laku ditimbulkan kakitangannya.

Foto kredit : Vaping360.com via Flickr

Sumber :  Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

16 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

17 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

18 hours ago