Letak Mata Plastik Pada Ikan Yang Dijual Untuk Nampak Segar

Sebuah kedai menjual ikan di Kuwait dilaporkan diarah tutup oleh pegawai penguatkuasa selepas pemiliknya didapati melekatkan mata plastik pada mata ikan yang dijual dalam usaha untuk menjadikannya kelihatan lebih segar.

Gambar-gambar lucu salah seekor ‘ikan segar’ itu telah dikongsi di media sosial dan oleh akhbar tempatan Al Bayan.

Akhbar itu menyatakan bahawa kementerian perdagangan negara telah menutup kedai terbabit selepas helahnya dapat dihidu.

Gambar-gambar yang terdapat dalam talian menunjukkan mata palsu yang dilekatkan terkeluar sedikit dari mata sebenar ikan sekali gus jelas menunjukkan mata ikan yang sebenar telah kuning.

Pengguna media sosial kebanyakannya menggunakan Twitter untuk mengejek taktik penjual ikan yang tidak disebut namanya.

Elodie Mainze berkata: “Itu adalah amalan perniagaan teruk dan buruk, tetapi saya tidak dapat menahan ketawa pada masa yang sama. Adakah mereka benar-benar fikir orang ramai tidak akan menyedarinya?” –MetroUK

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago